Karya pendek
Gelap
Oleh Rnysa
25
Hampir tengah malam
#MCOday115 #PKPP
#stayathome #staywithmeinparadise
Di luar segala-galanya gelap.
Namun, tanpa mengenali kegelapan mana mungkin bisa menghargai wajah siang dan malam ciptaan Tuhan di luar sana.
Selama ini bertahun-tahun dia tidak mengerti hikmah kejadian dirinya. Terima kasih Tuhan kerana sentiasa menghadirkan orang-orang yang baik dalam hidup dia. Yang mengutip dia saat dia jatuh...
πΈπΈπΈ
Salam Kak Syah,
Saya faham perasaan Kak Syah.
Walaupun menjadi arnab di tengah-tengah itik. Okey je. Yang penting confident π
Adik junior SERATAS @ KakF
πΈπΈπΈ
Syah senyum. Ya, dia boleh relate diri dia dengan gambar arnab ini di tengah-tengah 'itik'. Sebab gigi kapak dia yang agak 'unik', kadangkala dia diejek-ejek orang.
Pernah waktu Tingkatan 4, ada orang conteng papan hitam dan tulis 'Syah Jo'. Dengan rasa sedih, dia segera padam kata-kata dan lukisan yang menyakitkan hati itu. Dia tahu orang tuju pada dia. Siapa lagi orang panggil nama Syah dalam kelas ini. Tak matang, dah masuk sekolah asrama penuh pun ada jenis orang suka mengejek dia begini.
Dan waktu dia berpapasan dengan Syed dekat tangga masa Tingkatan 5 pula...
"Tersengih-sengih..." kata anak kelahiran Kuala Lumpur, yang sama masuk sebagai pelajar Tingkatan 4 baharu dengan dia.
Dalam ramai-ramai, Kaduk dan Ammar sahaja yang tak pernah ejek kekurangan Syah yang satu itu. Walaupun dua lelaki itu rapat dengan dia waktu di sekolah, tak pernah terkeluar dari mulut mereka kata-kata ejekan. Boleh saja mereka nak ikut serta perangai budak kelas Syah yang lain, tapi mereka memilih untuk diam. Dalam hati mereka, tak tahulah kan...
Dan Syah, selama ini bertahun-tahun dia praktis bercakap dan senyum depan cermin supaya nak tampak elok di depan orang dan dalam gambar tanpa memakai pendakap gigi.
Pernah juga seorang adik junior Tingkatan 1 bertanya pada dia waktu menunggu masuk ke Dewan Makan, "Kak Syah tak nak pakai braces ke?"
Dan Syah tanya balik, "Kenapa?"
Kerana bertahun-tahun dia bersekolah sebelum itu, tak pernah pula orang bertanya atau ambil kisah atau komen tentang hal gigi dia. Dekat SBP ramai pula yang suka beri komen dan ejek dia macam-macam. Mungkin dekat sekolah biasa dulu, orang beri tumpuan pada dia sebab tahap akademik yang agak cemerlang daripada orang lain. Dekat sekolah asrama begini, 'bersepah-sepah' orang result elok dan itu membuatkan orang beri fokus pada fizikal dia yang berbeza daripada kebanyakan rakan sekelas dia yang cantik-cantik dan gigi elok tersusun.
"Hmmm...apa tu?" celah Kaduk tiba-tiba dari sebelah.
Syah yang baru lepas menaip dan menghantar 'I love this π' pada adik junior dia itu cuba menghalang 'si angsa kacak dari kluster keluarga kayangan' yang menjenguk pada skrin telefon pintar Syah. Hmmm, patut tadi masa tukar screen protector pilih yang jenis 'privacy' yang cermin gelap.
"Arnab? Itik?" Kaduk berkerut dahi lebih daripada biasa dan pandang muka isterinya. "Sayang, sembang apa ni?" Kaduk mula rasa kurang senang. "Please, don't think bad about yourself again. Boleh tak?"
"Tak. Yang ini OK. Sangat OK." Syah senyum seikhlas hati. Selama ini dia fikir yang dia 'The Ugly Duckling', tapi sebenarnya dia adalah 'The Cute Bunny'!
Oh, waktu dekat Ambang Asuhan Jepun dulu pun dia dapat nickname daripada senpai lelaki dia.
Usagi.
Ya, arnab. π°
Dalam bahasa Jepun.
Mana dia tak kecil hati dan makin rendah diri sebab senior-senior sekolej sanggup beri nama macam itu. Sudahlah kulit dia sedikit gelap dan tiba-tiba masa di Universiti Malaya itulah meriah dengan jerawat. Dapat pula teman rakan sebilik yang ada boyfriend di luar dan juga punya peminat di kalangan abang senior. Lagilah dia tak yakin diri dengan rupa paras dia.
Kaduk melepaskan keluhan panjang. "Nak sorok la tu. Tak payah. Abang tahu apa Syah fikir. Tak perlu nak buat-buat OK macam selalu. Abang tahu..."
Dari rasa mengantuk Kaduk tak jadi nak terlelap. Mungkin inilah saatnya dia bercakap dari hati ke hati dengan Syah. Dia tahu tanggapan Syah terhadap dirinya sendiri. Dia sedia maklum yang Syah menbandingkan diri dia dengan kakak-kakak dan adiknya, termasuk diri Kaduk sendiri. Dia juga sedar yang Syah rasa rendah diri dengan kelebihan wajah kacukan Arab yang dimiliki oleh Ain dan Wawa.
Here it goes... Bismillah... Ya Allah, lancarkanlah lidah dan tutur kata aku saat ini buat isteriku yang tercinta, doa Kaduk dalam hati.
"Sayang, you cantik di mata dan hati I. Kalau tak, takkanlah I pilih kahwin dengan you. I nak mengadap muka you seumur hidup I, kan."
Syah tergelak. "Dah cakap ber'I & you' pula kenapa?"
"Sayang, abang tahu selama ini apa yang sayang rasa. Firdaus pernah cerita juga dekat abang..."
Firdaus? Alamak...
"You may not always PERFECT, but you will always be PERFECT for me. And, I want you to KNOW that. YOU. ARE. PERFECT. FOR. ME. Period."
Kaduk...
"To me, you are PERFECT... "
Jangan menangis, Syah. Mata sudah rasa panas. Kantung mata sudah berat.
"...because you are... my bidadari syurga." There, I've said it, sayang. Habis keluar malam ini semua skill debat cikgu BM ajar dan ayat manis-romantik apa semua. Ya Allah, lembutkanlah dan kuatkanlah hatinya, Kaduk sambung doa lagi dalam hati.
Mata Syah sudah berkaca-kaca.
Aku bidadari syurgamu, Carl Duke Adam.
***
#throwback
Assalamu'alaikum warahmatullah,
Buat bidadari hati:
Nurul Akasyah yang dicintai,
Sejauh mana pun abang bertugas, mencari rezeki untuk kita sekeluarga.
Tentunya abang sentiasa mengingati dirimu, wahai bidadariku.
Yang berpenat lelah melahirkan dan mendidik anak-anak kita sendirian di saat kita selalu terpaksa terpisah jauh.
Semoga Allah membalasmu dengan syurga yang tiada kepenatan.
Seberat mana pun ujian yang menduga kita, membuat hatimu terluka.
Tentunya abang turut terluka sama, wahai kekasihku.
Yang bersabar menjaga hati mama dengan senyuman tabahmu di saat dia melukai hati kecilmu.
Semoga Allah membalasmu dengan syurga yang penuh senyuman.
Sedalam mana pun cinta abang, menyayangimu sepenuh jiwa.
Tentunya dalam lagi cinta Allah terhadapmu, wahai kekasih-Nya.
Yang taat dan patuh segala suruhan, meninggal larangan-Nya di saat keimanan sering diuji.
Semoga Allah membalasmu dengan syurga firdausi yang paling tinggi.
Pasir putih Pasir Linggi,
Tempat abang bermain bayang;
Adik putih mahligai hati,
Di situ tempat abang sayang.
Cintaku berbunga di Tokyo pada si manis Nurul Akasyah,
Carl Duke Adam yang sedang kerinduan di Uzbekistan.
P.s: Berpisah darimu takkan ada dalam kamus hidupku. Kasih sayang abang buat anakanda permata hati Arham, Aisyah dan Akram.
(bersambung...)
#RADHA
#PJJ #Tokyo #Uzbekistan
#AkuBidadariSyurgamu
Petikan #throwback di atas daripada versi asal Facebook posting (kecuali pantun) ditulis pada 17 Mac 2013.
Lagu Aku Bidadari Syurgamu
No comments:
Post a Comment