Tuesday, July 28, 2020

[24] Gelap

Karya pendek

Gelap
Oleh Rnysa

24

Petang
#MCODay90 #PKPharike-90 #PKPPharike-5
#stayathome #stayflyingwithus

Di luar tidak terlalu gelap.
Hanya bisikan hati yang malap menemani suramnya petang.

Wawa masih ingat lagi masa itu. Tahun lepas waktu Ammar dan dia hadir ke majlis pernikahan dan kenduri perkahwinan kawan Ammar di Kuala Terengganu. Nak dijadikan cerita, pengantin lelaki kenalan kepada Adam juga waktu mereka sama-sama menuntut di UK dahulu. Jadi Adam sekeluarga yang baru 'back for good' itu juga turut sama menghadiri majlis kenalan mereka itu. 

Pantai Batu Buruk
Kuala Terengganu 2019

Maka dapatlah Wawa, Ammar dan Adam sekeluarga menikmati percutian pendek di hujung minggu. Usai kenduri mereka berpakat mahu bersiar-siar di tepi pantai, menikmati angin petang.

Wawa dan Ammar berjalan berdua di belakang. Mata Wawa ralit memerhati Adam dan Syah sibuk melayan anak-anak mereka yang berlari-lari penuh keriangan. Sesekali Wawa membuang pandangannya ke Laut China Selatan yang luas terhampar. Angin berderu menyapa pipi, ombak kuat menghempas gigi pantai.

Sedang Wawa asyik melayan perasaan, tiba-tiba terasa jari-jemari diraih. Lembut sahaja Ammar menggenggam, seperti biasa Ammar sepi tanpa sepatah bicara. Hanya senyuman manis menghias bibir seperti selalu. Ammar, suaminya yang tidak banyak berkata-kata itu terus menarik Wawa rapat ke sisinya, jalan berpimpin tangan seiringan. Mungkin tidak mahu membiarkan Wawa terus melayan perasaan tanpa arah tuju bak layang-layang terputus talinya. Selama ini Ammar tidak akan membiarkan dia menjadi kapal di tengah lautan yang karam dengan mainan perasaan. Lelaki yang dinikahinya selama 12 tahun itu sentiasa sedia menjadi nakhoda mengemudi bahtera rumah tangga mereka dalam apa jua keadaan tanpa meninggalkan diri Wawa bersendirian. Tanpa kehadiran cahaya mata, Ammar masih tetap setia berada di sisi Wawa. Alhamdulillah...

"Dapat berkahwin itu rezeki. Dapat isteri atau suami yang baik itu rezeki. Dapat keluarga mentua yang baik itu rezeki. Dapat menimang cahaya mata itu juga rezeki. Semuanya anugerah dan rezeki daripada Allah Taala." Ucap Ammar, perlahan dan tenang. Dia perasan sahaja Wawa asyik pandang Kaduk sekeluarga sejak dari semalam lagi.

Layang
Layang-layang terbang

Sayang
Sayang-sayang hilang

"Abang sayang Nur..." Ujar Ammar tiba-tiba tanpa dijangka, nak buat luahan perasaan di tengah-tengah pantai pula saat itu. Mujurlah jarak Kaduk sekeluarga jauh daripada mereka berdua, Ammar pun tak berasa segan. Tidak seperti Kaduk yang tampak lancar dan selesa mengucap kata-kata sayang kepada isterinya di hadapan orang. Ammar tak biasa sebegitu. Malunya mengalahkan anak dara sebelum zaman perang!

Wawa tersenyum panjang meleret. Hatinya berbunga bahagia.

Nur... Ammar suka panggil dia dengan nama 'Nur'. Orang lain semua panggil dia sebagai 'Wawa'.

Yalah, Ammar nampak mata Nurnya asyik memandang ke arah keluarga sahabatnya, terutamanya anak-anak Kaduk dan Syah. Tak tahulah apa lagi yang bermain dalam fikiran isterinya. Bukannya mereka tidak berusaha, cuma belum sampai rezeki dapat zuriat sendiri lagi. Ada sesetengah perkara di luar kuasa manusia, semuanya dalam tangan Allah.

Sama juga soal jodoh. Dia tahu sebenarnya Nur pernah sukakan Kaduk suatu masa dulu. Namun jodoh Kaduk dan Syah lebih kuat, walaupun mereka terpisah beribu-ribu batu dan tak pernah bertukar rasa cinta sebelum berkahwin. Malah berkawan pula bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang janji, cuma Syah yang berjanji tetap tunggu Kaduk sebagai kawan.

Melihat betapa bahagianya Kaduk dengan pilihan hatinya, Ammar tahu yang sahabat baiknya benar-benar menyayangi Syah sepenuh hati. Masakan dia boleh lupa luahan hati sahabatnya itu. Sebelum itu Kaduk selalu sahaja mengelak sekiranya Ammar bertanya tentang status hubungannya dengan Akasyah. Namun, setelah pertemuannya dengan Syah sebaik sahaja dia balik dari Korea akhirnya Kaduk meluahkan segala yang terpendam dalam hatinya.

"Ammar, ana pilih Syah atas banyak perkara. Satu, tentulah sebab ana memang sayang dekat dia. Dua, sebab dia seorang yang baik dan sentiasa berusaha nak jadi baik walaupun ana tahu dia selalu struggle. Tiga, dia tak pernah fikir buruk pasal ana dan sampai sekarang sedia terima ana seadanya. Dia tak harap ana berubah jadi orang lain, dan disebabkan itu ana selesa jadi diri sendiri dengan dia. Empat, dia setia jadi kawan ana dari dulu sampai sekarang. Lima, apa-apa ana cakap atau nasihat benda yang baik dia boleh terima walaupun pada mulanya dia tak suka, but in the end she always will think about it all over again. Sedar-sedar dia ikut dan berubah dalam diam. Dan banyak lagi sebab-sebab lain.

Orang lain tak kenal dia macam ana kenal diri dia. She always grow and change for the better, slowly but surely with her own time and way. Dia selalu cakap that people who ever around her maybe expect her to be perfect, dia pun tak tahu kenapa orang suka letak expection tinggi pada dia. Maybe she meant to be someone important but please give her some space too. Don't always give her negative feedback, dia pun manusia ada hati dan perasaan. Takkan selalu nak kena telan yang buruk dan expect dia beri positive output sahaja. Ana pun tak tahu sangat hidup dia, but sometimes I can feel that dia suffer dan pendam sesuatu seorang diri. But she will try to put her strong face in front of others, but she is really broken inside. Once she asked me, Kaduk... I am not good enough? Then ana tanya balik kenapa tanya macam itu, dia terus senyap dan tukar topik. But I could see she was sad, especially after the time you said something about her.

Ammar, dia pandang tinggi pada enta. But you broke her heart when you told her in some way that she was not good enough to be with me even as a friend.

Maybe you think that she is not the perfect one for me, but honestly speaking I am not looking for a perfect person when I am not perfect either. Ana pun ada benda tak jaga, especially bab ikhtilat melibatkan Syah. I know I was wrong and a bit careless about it as I thought I would not fall for her. But I tried my best not to be close with her like we used to be in school. Masing-masing pun faham sebab duduk dalam jemaah, cuba jaga pergaulan selagi mampu. I also thank her for her attitude and understanding.

Dari dulu ana dah buat istikharah sebenarnya. Dengan Syah, dia buat ana rasa tenang dan terjaga hati. Ya betul, selama ini memang ana dok fikir pasal dia sebenarnya. Dah lama dah simpan perasaan untuk dia seorang. Ana risau juga dia pilih orang lain ke apa, sebab itu ana minta datang kerja dekat sini. Maaflah mungkin apa yang ana buat ini tak islamik pada pandangan enta. I know you've adviced and reminded me many times about her. Ana pun sangat berterima kasih sebab enta selalu ingatkan pasal itu, juga jaga diri ana dan hubungan rapat dengan Syah. Alhamdulillah, ana masih ada kawan yang baik yang selalu mengingatkan.

Sorry la, ana cakap banyak pula randomly pasal Syah. Tapi ana rasa ana baru sahaja macam kena reject dengan dia tadi. Dia marah sebab buat dia tunggu lama dan tak pernah berterus-terang. Ana pun terkejut juga, ingatkan ana seorang yang 'syok sendiri' dekat dia ke apa selama ni..." jelas Kaduk dengan panjang lebar waktu Ammar dan dia makan tengahari bersama-sama. Nampaklah Kaduk semacam susah hati juga waktu itu, hasrat hatinya seakan ditolak.


Hmmm, macam itulah jodoh yang sudah tertulis. Dan akhirnya Ammar sendiri ambil keputusan untuk membantu Kaduk waktu dia terserempak dengan Syah dalam densya malam itu. Cadangnya mahu tunggu dua, tiga hari selepas itu baru dia nak serahkan surat dan barang amanah pada buah hati kawannya itu. Hai Kaduk ni, hantar rombongan merisik saja kan senang cerita. Nak juga datang sendiri ke Jepun, berutus surat apa, macam berutus poskad yang dia selalu buat itu. Macam-macam...

Tapi Syah ambil masa jugalah nak setuju. Tak macam dia dengan Nur, cepat sahaja isterinya terima lamaran Ammar. Betullah cakap Kaduk, Syah tu kadangkala jenis suka overthinking dan overanalyzing juga orangnya. Nampak macam senang nak pikat, kan. Mungkin pengalaman hidup Syah yang macam-macam membuatkan dia jadi seperti itu, selalu cuba berhati-hati apabila melibatkan orang lain dan memutuskan perkara besar dalam hidupnya. Memang betul, cuma Kaduk saja faham dan boleh handle perangai Syah. Ammar sendiri pernah ragu-ragu sama ada dia boleh hidup dengan Syah sebagai suami isteri waktu orang sibuk kenen-kenenkan mereka berdua dulu.

Dan ada satu perkara yang Syah sebut yang membuat dia rasa Syah bukanlah jodoh dia...

"Ammar, jom ambil gambar!" Laungan Kaduk membawa dia kembali ke Pantai Batu Buruk.

"Jom ayang..." ujar Ammar sambil menarik tangan Nurnya.

"Nur pun sayang abang. Terima kasih sebab sudi sayang Nur selama ini..." Malu-malu Wawa membalas ucapan suaminya tadi. Jemari-jemari Ammar digenggam erat.

Ammar senyum. "Insya-Allah, kasih sayang abang untuk ayang sampai bila-bila."

Manakan terbang elok layang-layang jika putus talinya.
Manakan hilang molek sayang-sayang jika putus tali-Nya.

***

Cyberjaya 2020

Hmm, e-mel tawaran Enrich dari MAS ini macam melambai-lambai pula. Menggamit perasaan dan jiwa!

"Point Enrich abang banyak lagi tak guna, kan?" Kerajaan sudah membenarkan merentas negeri, jadi Syah terasa nak bercuti pula. Lagipun sudah lama sangat mereka terperap dalam rumah.

"Hmm, nak pergi mana?" Kaduk layankan saja. Janji Syah gembira, dia sangat bersyukur.

"Nak pergi ke planet Marikh pun abang akan cuba usahakan dengan pihak NASA," katanya lagi. Separuh mengusik, separuh serius. 

"Jom kita... cuti-cuti Malaysia~!" ucap Syah sambil cuba menyanyi ikut rentak suara CTDK guna teknik soprano koir dia. Nak ajak Wawa sekali pergi bercuti tapi kawannya itu baru dapat berita gembira yang baru mengandung pula. Eloklah duduk di rumah jaga diri dan kandungan dahulu.

"Okey...jadi kita nak pergi mana, wahai sayangku?" Kaduk menopang dagu mengadap wajah isterinya.

"Tak kisah, janji kita boleh pergi satu keluarga."

(bersambung...)

#RADHA #enrich #malaysiaairlines


No comments: