Siapa Rnysa?

 Siapa Rnysa?




Dia...

- Penulis blog (e-novel, e-cerpen, e-karya dll) sejak 23 Oktober 2003 di laman blog rnysa.blogdrive.com.

- Kembali aktif menulis blog sejak PKP1.0 2020 yang lalu. Alhamdulillah, telah berjaya menyiapkan sekuel novel "Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA" yang berjudul "Gelap" di laman Blog Rnysa ini @ rnysa-anys.blogspot.com.

- Kini sedang cuba menulis cerita sezaman dengan RADHA, "Cinta Sofea". Manuskrip yang pernah diminta oleh pihak Jemari Seni @ JS Adiwarna dan sebuah syarikat penerbitan lain pada suatu masa dahulu. Selain itu, cuba menulis dan menyiapkan juga karya-karya lain yang pernah ditulis sebelum ini.

- Bekas penulis di bawah rumah penerbitan, Jemari Seni dan JS Adiwarna dengan 7 buah karya cetak, yang berasal dari blognya kecuali JHB-KUL-TKY.

Novel / E-book
1. Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA (2006)

Novelet / E-book
2. Albatros: Antara Langit dan Bumi (Kebun Mimpi, 2008)
3. Hikari Ainori (Warna, 2010) 

Cerpen
4. Kelab Single (Antologi Cerpen Adiwarna: Kerana Dia, Ratu Sehari, 2013)
5. Cintanya, Akhirnya Bahagia (Antologi Cerpen Adiwarna: Cinta Pertama, 2014)
6. JHB-KUL-TKY (Antologi Cerpen Adiwarna: Kepadamu Kekasih, 2015)

Novela
7. Homemade Sweet (Novela 10, 2016)

- Insya-Allah, akan muncul dengan karya terbaharu di bawah bimbingan Puan Sri Diah dan tim beliau dalam UnIKH (Universiti Inspirasi Kisah Hidup) melalui projek Antologi Legasi Abah dll.

Anekdot
8. Bila Abah Kahwin Lagi? (Antologi Legasi Abah, 2021) 
9. 9 September 1978 (Antologi Jodoh - Rindu, 2022) 
10. 1 dalam 1000 (Antologi Kembali Kepada Fitrah, 2022) 

- Selain itu, pernah dijemput memberikan testimonial untuk buku "Kanvas" - 100 contengan oleh Muharikah, terbitan Deen Prints (2016).


Selamat membaca.
Semoga mendapat manfaat.

Sekian, terima kasih.

No comments: