Thursday, October 22, 2020

[32] Gelap

Karya pendek

Gelap
Oleh Rnysa

32

Petang Sabtu
#MCODay187 #PKPP
#stayathome #HatiYangKauSakiti

Di dalam seharusnya tenang.
Hanya ketenangan sahaja mengisi dua jiwa yang saling sayang.

"... *Ku menangis
Membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis
Melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti..." 

Amboi, 'jiran sebelah' siap buat permintaan lagu pula. Majlis sambutan untuk siapa sebenarnya? Kaduk sekadar mampu menggelengkan kepalanya tatkala melihat Syah bersungguh-sungguh ikut sama menyanyi-nyanyi kecil.

Suara Khalid Ahmad selaku penyanyi utama mengisi halwa telinga dengan iringan petikan gitar sendiri sambil ditemani seorang lagi teman bandnya. Mereka diundang khas oleh Kaduk atas permintaan Abang Ngah dan Kak Ngah juga yang mahu menyambut ulang tahun perkahwinan. Juga ada sambutan hari jadi anak-anak Kak Long, si Husayni dan Huwaynaa yang juga jatuh sama bulan kelahiran dengan Kaduk. Dalam musim Covid-19 begini nak buat acara keramaian pun kena fikir banyak kali. Untuk memudahkan semua orang serta menjimatkan wang dan masa, mereka berpakat buat sambutan tiga ulang tahun dalam satu majlis sahaja.

"Ku menangissssss..." nyanyi 'jiran sebelah' dengan suara yang manis dan lembut; penuh penghayatan. Kaduk tersenyum panjang sahaja.

Dari jauh Sofea Adeilah mengusir air mata yang gugur berlinangan ke pipi tanpa sedar. Bait-bait lagu yang berkumandangan mengusik perasannya, mengimbau kembali kenangan yang mahu dilupakan. Wajah bekas tunang yang pernah mengisi hatinya cuba diusir pergi dari kotak ingatan. Si dia yang sanggup melukakan hati perempuannya - berlaku curang di belakangnya dengan kawan baik Adeilah sendiri.

Air. 
Dan air mata jatuh ke dalam.

Pabila air mata jatuh berlinangan tanpa salam.

Terasa bahunya disentuh lembut. Adeilah menoleh. Papa melemparkan senyum manis sebelum bertanya sama ada dia okey atau tidak.

"Sekadar terkenangkan sesuatu..." balasnya perlahan. Adeilah juga teringat nasihat papa suatu dahulu sebaik sahaja dia putuskan pertunangan dengan Freddy.

"Love, there is no perfect life. There will always be struggle. You just have to choose wisely who you want to struggle with. Being single is better than to be in the wrong relationship with the wrong person."

Dari tadi pandangan Khalid Ahmad jatuh pada wajah Adeilah yang asyik mengesat hujung mata. Tanpa dia sedar ada orang lain memerhatikan perlakuannya itu.

"Sayang, I rasa seniman jalanan kita dok main mata dengan adik you la." Kata Syah tiba-tiba sambil meraut dagunya. Matanya makin mengecil pada Khalid yang ralit menyeluruhi wajah adik iparnya itu. Bila mata Khalid bertentangan dengan mata Syah, mulut Syah terkumat-kamit sambil tangannya buat gaya: I am watching you!

"Sayang, tak payahlah nak tunjuk gaya samseng macam tu..." Kaduk tutup mata Syah dengan sebelah lagi tangannya sambil ketawa berderai. Alahai, isterinya yang seorang ini pun! Dah jadi mak-mak ada lagi perangai masa sekolah yang terbawa-bawa sampai sekarang. Kaduk hanya mampu beristighfar panjang kemudiannya.


****

#throwback

“Turunkanlah satu key...”

“Suara kau tu yang kena naikkan satu key...”

“Dah nak terkeluar anak tekak ni pun suruh tarik lagi? Biar betul...”

Aku mendengus perlahan. Susahnya bercakap dengan lelaki yang tak mahu mengalah ini. Khalid yang dalam kelas cukup pendiam orangnya sanggup bertegang leher dengan aku dalam soal muzik. Aku selalu hairan dengan sikapnya yang berubah-ubah itu. Tak ubah macam pelakon drama swasta. Dan, pantang betul dia sekiranya aku mempertikai kebolehannya bermain piano. Sedangkan aku selalu main-main saja, dia pula yang suka ambil serius. Lelaki yang pelik lagi aneh!

“Nyanyilah ikut tempo. Jaga counting. Kau ni main terjah aja.” Tegur Khalid kemudiannya, tidak semena-mena. Marah benar dia kerana aku mula menyanyi ikut suka hati.

Aku segera membuntangkan biji mata. Orang penatlah! Tak fahamkah?

“Counting kau tu yang masih terkontang-kanting lagi, tau tak?” aku membalas dengan sinis lalu ketawa berderai. Sengaja mahu mengusik Khalid yang tersangatlah pandai bermain piano. Tetapi tak sangka pula serta-merta Khalid memberhentikan alunan pianonya. Dewan besar sekolah ini terus menjadi sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi denting jam. Dahi Khalid sudah berkerut seribu.

“Cik Nurul Akasyah, kebolehan aku bermain piano ni diiktiraf. Gred 7 ABRSM piano dan teori.” Tegas Khalid sambil menjeling dengan ekor mata.

“Jadi?” Aku mengangkat kening, sengaja buat tidak nampak apa maksud tersirat yang cuba disampaikannya. Berlagak sungguh! Gred 7 ABRSM piano dan teori. Begitulah Khalid akan memberitahu setiap kali aku mengusiknya. Apa sebenarnya benda ABRSM itu pun aku tak tahu sangat. Associated Board of the Royal Schools of Music? Apa-apa sajalah. Cara Khalid bercakap macamlah dia seorang saja pandai bermain piano dalam sekolah ini. Perlukah dicanangkan sampai begitu sekali di hadapan semua orang, setiap kali?

Tapi sebenarnya... memang Khalid adalah satu-satunya pelajar yang boleh bermain piano dengan baik sekali selain daripada Cikgu Zul dan Cikgu Hilmi, guru muzik sekolah kami. Melihat Khalid yang berpura-pura kembali berlagak tenang itu buat aku tergelak sendiri. Dia itu kadangkala lucu juga orangnya.

“Kau ni kan… dengan budak MPP tu boleh pula kau cakap baik-baik. Agaknya kau sememangnya ada hati dengan Si Ya…” 

***

"Syah, Kaduk..." Khalid tunjuk Kaduk yang berdiri di tengah-tengah Dewan Besar dengan mulutnya.

Syah yang tengah syok menyanyi lagu Menghitung Hari ikut pandang arah yang ditunjuk. 

Yang aku minta tulus hatimu
Bukan puitis...

Syah senyum pada 'Cikgu' Kaduk dia. Oh, mesti Kaduk nak pergi praktis bola sepak waktu petang-petang begini. Tengok baju jersi pun dah tahu!

Terus Syah tak peduli dan sambung menyanyi. Lepas itu sekali lagi Khalid buat benda yang sama. Syah berkerut dahi dan buat gaya riak muka seperti bertanya: Apa lagi?

"Tu..."

Syah pandang ke depan semula. Oh, Kaduk tak bergerak-gerak dari tadi. Kenapa pula ni? Kacau konsentrasi mereka nak 'jamming' dengan Cikgu Zul.

Yang aku minta tulus hatimu
Bukan puitis...

Alun Syah sambil senyum lagi pada Kaduk, senyum nak menghalau sebenarnya. Tapi Kaduk masih tengok dia tak berkelip mata sambil tersenyum panjang. Dah kenapa pula? Macamlah tak pernah tengok dia menyanyi sebelum ini. Tak faham. Biar sahajalah! 

****

Sebaik sahaja Khalid menyertai mereka, Syah terus ucap terima kasih pada Khalid and the geng sebab sudi menyanyikan lagu Rossa tadi. Dan tak lama lepas itu, Adeilah juga datang ke meja mereka lalu mengambil dan memangku Akram yang ralit makan gula kapas di atas ribanya.

Syah nampak jugalah mata Khalid sesekali melabuhkan pandangannya pada wajah Adeilah yang manis. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya!

Mata Adeilah yang sedikit bersisa merah sebab menangis tadi masih jelas kelihatan. Khalid rasa nak bertanya, tapi nampak muka Kaduk terus dia mematikan niatnya. Takkan tiba-tiba dia nak beramah mesra dengan adik bekas Ketua Pelajarnya itu.

Syah berdehem perlahan. "Ed, ada satu lagu lagi kau kena nyanyi untuk aku, kan?"

Dan Khalid angkat jari tanda 'okey' dan dia terus fokus habiskan nasi dan lauk pauk dalam pinggannya tanpa bersuara lagi. Dia datang memenuhi undangan Kaduk dan Syah, bukannya mengurat adik mereka. 

"Kak Syah minta lagu apa?"
"Rossa. Hati Tak Bertuan."

"Kalau saya nak buat permintaan lagu juga boleh tak?" Adeilah pandang muka Khalid. "Lagu BTS..."

Lor, adik Kaduk ni peminat K-pop? Khalid bertanya dalam hati sendiri.

"Eh, tukarlah. Tak nak Rossa, nak Blackpink. Tak kisah lagu apa," Syah menyampuk.

"Sayang, tak payahlah nak K-pop juga." Kaduk dah jeling tajam pada Syah. Dah sama naik dengan adik dia pula. Melayan!

Adeilah ketawa.


(bersambung...)

#RADHA #kumenangis

Petikan #throwback di atas daripada versi asal novel cetak Relevankah Aku Di Hatimu? yang diterbitkan pada Disember 2006. 

*Kredit lirik lagu & inspired by:



1 comment:

MaY_LiN said...

Amboi syah ��