Friday, January 07, 2022

[Behind The Scenes] Gelap (2)

Karya pendek

Gelap
Oleh Rnysa

#behindthescenes 2
Di sebalik tabir...

Alhamdulillah, entry Intro III sudah siap!

Dan semua entry #throwback10 hingga yang terbaharu pun dalam blog.

Jadi, sekali saya ingin 'berehat' sebelum meneruskan entry 20 dan seterusnya.

Kali ini saya ingin berkongsi 2 perkara yang berkaitan tentang watak/plot dalam Gelap yang mungkin menjadi 'topik' akan datang:

1. Tentang Ammar
2. Tentang keluarga Syah

Ok, saya teruskan dengan perkara pertama.

Saya dapat soalan daripada seorang cik adik ini (you know how you are 😉) tentang Encik Ammar kita selepas saya post #throwback18

Sebenar-benarnya, Ammar ni ada hati ke tidak ke Syah tu? Itu la ** pun terpikir. Sebenarnya memang dia ada hati ke atau dia sekadar nak mencuba saja.

Hmmm... Sebenarnya saya pernah terbaca komen yang minta saya sambung RADHA dan bercerita side Ammar. Yang Kaduk dah tahu perasaan dia pada Syah. Ammar macam a bit unknown? (updated: komen dalam Review di laman eSentral tapi nak watak Ammar di angkat watak utama dalam kisah lain 😅)

Jadi, kalau ada yang nak baca tentang Ammar boleh beri pendapat di ruang komen.

Dan tentang hal kedua (agak panjang) berkenaan keluarga Syah.

Masih bercerita dengan adik yang sama, saya beritahu dia: Perasankah tak banyak cerita pasal keluarga Syah berbanding Kaduk sedangkan Syah adalah watak utama dalam RADHA?

Balas adik itu: Haah, perasan juga. Banyak cerita pasal sebelah Kaduk sahaja. Dan cerita Kak Anys yang Homemade Sweet pun sama. Banyak cerita keluarga Hadi berbanding keluarga Erissa juga.

Jadi, untuk plot yang seterusnya saya akan cuba selitkan cerita sebelah Syah pula dengan 'meminjam' salasilah keluarga saya dan difiksyenkan (saya pernah cuba tulis dalam RADHA 3: Dari Pagar Ruyung ke Den Haag dulu pada yang pernah baca).

Sebelum ini mungkin ada yang pernah terbaca yang dari susur galur sebelah mak saya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221792890757884&id=1425290197

Dan baru-baru ini ada maklumat yang terbaharu yang saya dapat.

--
Saya ada darah keturunan Arab dari Hadramaut, Yaman ☺️
Now it makes sense to me.

Juga darah keturunan Toh Seri Nara Diraja dari Bukit Seguntang, Palembang daripada susurgalur isteri Toh Maharaja Dewa Panjang Ogek.

Bloodline ikut sebelah mak:
Anisah binti Azizah binti Saripah binti Kulop Ambia bin Uda Abdul Shukor bin  
Toh Maharaja Dewa Panjang Ogek

Wallahu 'alam

--

Side note 1:

Menziarahi makam salah seorang daripada leluhur kami, Sheikh Hussain Yamani di Kampung Pulau Tiga. Allahyarham Sheikh Hussain Yamani ini adalah merupakan seorang pendakwah Arab yang berasal daripada Hadramaut, Yaman yang datang ke Perak sekitar tahun 1790-an untuk berdakwah menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk sekitar Pulau Tiga dan Kampung Gajah. 

Salah seorang daripada anak Sheikh Hussain Yamani iaitu Ibrahim telah berkahwin dengan Andak Fatimah, anak perempuan kepada Haji Ramli yang lebih dikenali sebagai "Imam Alang Sumun" daripada susurgalur keluarga disebelah Tok Sagor Nojah di Pulau Tiga dan Kampung Gajah. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan 2 orang anak iaitu Long Rahmah dan Yaman Hussain

Long Rahmah ini kemudiannya telah berkahwin dengan Uda Abdul Shukor daripada susurgalur keluarga di sebelah Tok Nara Anan di Lambor Kiri, yang lebih dikenali sebagai "Khatib Shukor" iaitu anak ke-4 hasil perkahwinan Toh Maharaja Dewa Panjang Ogek bersama isteri pertamanya, Toh Kesumba Long Sharifah. Uda Abdul Shukor dan isterinya, Long Rahmah menetap di Telok Sareh, Pulau Tiga.

Hasil perkahwinan daripada mereka telah dikurniakan sebanyak 5 orang anak iaitu Kulop Ambia, Alang Hamidah, Haji Dahalan, Teh Safiah dan Hajjah Anjang Rahmah. 

Info tambahan:
Tok Nara Anan panggilan gelaran singkat nama Toh Seri Nara Diraja Pandak Manan , ayah kepada Toh Kesumba Long Sharifah, isteri Toh Dewa Panjang Ogek dan adik-beradiknya Toh Maharaja Dinda Ngah Lazim, Toh Paduka Raja Alang Abu Kassim, dan Toh Seri Nara Diraja Busu Dayan. 

Copy & paste daripada group WARIS KETURUNAN TOH MAHARAJA DEWA PANJANG OGEK BIN UDA KATAB

--
Side note 2:

Isteri Toh Maharaja Dewa, Toh Kesumba Long Sharifah merupakan kakak kepada Toh Seri Nara Diraja Dayan Bin Toh Seri Nara Diraja Pandak Manan atau lebih dikenali sebagai Dato Nara Dayan ialah Toh Seri Nara Diraja, Ketua Bentara Istana yang terakhir dari Lambor Kiri.

Toh Seri Nara Diraja Dayan dilahirkan serta dibesarkan di Kampung Tua Lambor Kiri. Dato Nara Dayan berketurunan " Orang Muntah Lembu" dari Bukit Seguntang, Palembang yang turun-temurun telah berkhidmat dibawah keluarga diraja Kesultanan Perak.

Sebagai Toh Seri Nara Diraja, Dato Nara Dayan bertanggungjawab dalam menabalkan Sultan. Semasa adat pertabalan, tugas utamanya adalah membacakan "Surat Chiri" (Watikah Perlantikan), mempersembahkan "Geliga Mastika Embun", meletakkan "Cap Halilintar" ke belakang telinga sebelum membisikkan "Rahsia Nasab Sultan" ke telinga baginda Sultan sebagai tanda rasminya pertabalan Raja Pemerintah yang baru. Selain bertanggungjawab dalam menabalkan Sultan, beliau juga bertanggungjawab terhadap Istiadat membabitkan "Kemangkatan Sultan", "Perkahwinan Diraja" dan mengajarkan Orang-Orang Besar Perak "Adat Menjunjung Duli" iaitu suatu istiadat dimana seseorang penyandang gelaran itu naik pangkat gelaran atau dikurniakan gelaran lain dan penerima gelaran perlu menjalani "Istiadat Menjunjung Duli". Beliau juga turut dipertanggungjawabkan menunggu di dalam negeri bersama Dato Maharaja Lela dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan sekiranya Sultan berangkat keluar meninggalkan kawasan persemayaman dalam tempoh yang lama.

Sumber:

1. Sejarah dan Riwayat Kampung Saya,Lambor Kiri Parit, Perak penulisan Haji Mohamad Yaakob Bin Haji Abas, perkongsian Mohamad Kamaruddin Bin Haji Mohamad Yaakob
http://allamborri.blogspot.com

2. Cempaka Sari Sejarah Kesultanan Negeri Perak penulisan M.A Fawzi Basri. http://www.goodreads.com/book/show/12425857-cempaka-sari

--
Side note 3:

In old Malacca the title Bendahara was associated with titles "Seri Wak Raja" (Tun Perpatih Permuka Berjajar (Radin Bagus) & Tun Perpatih Sedang) , "Seri Amar Diraja" (Radin Anum), "Seri Nara Diraja" (Tun Ali), "Paduka Raja" (Tun Perak, Tun Khoja Ahmad & Tun Seri Lanang), "Seri Maharaja" (Tun Mutahir, Tun Biajid & Tun Isap Misai), "Paduka Tuan" (Tun Muhammad & Tun Isap Barakah) and "Seri Narawangsa" (Tun Mahmud).

Tun Saban, the chief of Hulu Perak is reputed to have been member of this house and his descendants in Perak have held also the old Malacca titles "Seri Narawangsa" and "Seri Amar Diraja". 

All "The Four Great" offices (Orang Besar Empat) must have been held at first by the famous Malacca family of Bendaharas whose members enjoyed the Pasai honorific "Tun", or in Perak dialect known as "Tan".

By the time Sultan Alauddin Mughayat Shah (died on 1728) "the Tan family" had lost the office, possibly owing to the civil wars that marked his reign. About this time says one account "Bendahara Megat Iskandar disappeared and Megat Terawih (Megat Terawis II) became Bendahara"…"After the death of Sultan Alauddin, the Bendahara also died and "Seri Dewa Raja" (Megat Pendia) became Bendahara". 

In the 1650 treaty Perak between Governor General Cornelis van deer Lijn of Dutch, the signatories are described as "the Sultan Yang DiPertuan and his council, "the Bendahara", "Bendahara Muda", "Orang Kaya Besar" and "Temenggong". The treaties bear the witness to the age of this office, and there is evidence that originally belonged to the great Tan or "Tun" family.

The Perak Seri Nara Diraja family claims, that before the Megats usurped the office, their house provided two Orang Kaya Besar, the first a son of Seri Nara Diraja Samad (Seri Nara Diraja Tun Abdul Samad or "Toh Nara Samad") and grandson of the Seri Nara Diraja Pandak (Seri Nara Diraja Tun Pandak or "Toh Nara Pandak") and the second Tun Pandak, a son of Tun Dewi or "Tun Din". 

Another Perak account says "the family vomited out by the bull" (Muntah Lembu) : namely whose ancestor was Batala, the herald of Sapurba (ancestor of royal house of Perak) and in Perak the family held the office "Seri Nara Diraja" or chief court herald. It was natural that an officer the court of Seri Nara Diraja should be promoted to a higher office within the royal precincts. For the Orang Kaya Besar was the Sultan's treasurer, secretary and chamberlain :"he collected the rulers revenues, dealt with his correspondence and had a charge of his household. 

The office was usurped by the Megats in the time of Sultan Muzaffar Shah III (reigned 1728-1754). That ruler first gave it to Megat Pendia (later promoted to Bendahara) but later restored it back to a "Tan" named Tun Marasin though afterwards it went back to the Megats.

Source:
The Perak Chief & Perak Rajas, A History of Perak by R.O Winstedt & R.J Wilkinson

Info tambahan:
Kita kerabat Bukit Seguntang- Pasai-Aceh- Beruas memakai gelaran Tun sama macam Tun Perak. Kerajaan Pasai pemerintah memakai gelaran Tun serta gelaran Tan. Contoh: Tan Saban, Tan Pasmah nama Orang Kaya Laksamana Hilir PERAK. Serta gelaran asal Datok Maharaja Lela Tan Jana Putera. Mengikut History of Perak Winstedt hlm 32. Gelaran TUN berasal dari pada gelaran orang besar Pasai. di perak. Kemudian gelaran Tun ini boleh juga di gelaran Tan. Pada pangkat Orang Besar Perak. Mengikut salasilah gelaran Tun ini adalah berasal dari Bangsa Raja asalnya. Di mana adik sebagai Raja dan abang sebagai Bendahara.

Copy & paste daripada group WARIS KETURUNAN TOH MAHARAJA DEWA PANJANG OGEK BIN UDA KATAB.

***

Ya, saya ada darah keturunan Arab, clan Toh Seri Nara Diraja, Tok Sagor, Tun Khamis (Maharaja Lambor) dll... termasuklah yang tak diceritakan di atas iaitu sebelah ayah kepada mak ada darah keturunan India juga ☺️

Patutlah Abang Rosdi pernah cakap dekat saya, kalau Anys tak cakap Anys orang Perak Abang Rosdi ingat orang Penang atau Kedah. Sebenarnya sebelum ini tak pernah pula orang kata begitu pada saya. Tapi saya ada perasan yang orang yang bukan berketurunan Melayu atau bukan muka kemelayuan (i.e India Muslim, India, Sikh dll) yang selalu 'suka' dekat saya.

Dan paling terbaharu masa saya mahu tukar duit di money changer tahun lepas. Adik berketurunan India Muslim yang jaga kaunter cakap, muka saya macam kakak dia dan terus saya dapat rate 'kakak dia' juga. Mungkin juga sekarang makin lama rupa-rupanya feature muka saya sudah makin ketara ke arah India-Arab itu agaknya. Sebab pernah ada foreigner ikut saya dan tegur minta nombor telefon saya di pasar malam. Katanya, nak berkenalan 😅

Oh, saya up cerita pasal Syah sebab memang ada yang komen dekat saya yang Ammar lebih layak dengan Syah. Kaduk kan berketurunan bangsawan dan orang ada-ada. Jadi, di sini nak beri semangat dekat Syah yang sebenarnya dari segi keturunan Syah memang layak sangat jadi isteri Kaduk, mengikut pandangan mata orang yang cenderung kepada hal-hal keturunan dan sewaktu dengannya ini.

Tentunya apa pun asal keturunan seseorang itu Allah SWT sudah mengingatkan bahawa:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” Surah Al Hujurat ayat 13.

Saya ada selitkan ayat di atas dalam entry Gelap juga (https://rnysa-anys.blogspot.com/2020/04/8-gelap.html)

Sebenarnya ada sesuatu yang membuatkan saya mencari asal usul keturunan saya. Dan kini saya rasa mungkin saya sudah bertemu sebahagian jawapannya.

Terima kasih kerana sudi membaca Gelap dan juga Di sebalik tabir (yang panjang lebar kali ini).
Jika ada sebarang silap atau salah, harap cepat-cepat tegur ya 🙏☺️

The lost descendant,
Rnysa

#MCODay76
#stayathomewriter

Source:

No comments: