Friday, January 07, 2022

[Behind The Scenes] Gelap (8)

Karya pendek

Gelap
Oleh Rnysa

#behindthescenes 8
#kesihatanmental #mentalhealth 💚
Di sebalik tabir...

Alhamdulillah, cuti tahunan diambil hari ini untuk urusan peribadi di sekitar KLCC. Lamanya ber'PKP' dan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur kembali sesak. Namun segala urusan dan perkhidmatan masih mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Lamanya WFH, dapat menjengah KLCC pada hari kerja macam syok juga. Orang tak ramai seperti waktu hujung minggu. Suria KLCC pun sedang bersiap sedia untuk dekorasi sambutan hari Natal. Di luar bangunan Menara Berkembar Petronas mengadap kolam Taman KLCC sudah bersergam pokok X-mas gergasi.

Kalau di Jepun dulu memang meriah samburan hari Krismas dengan lampu illumination yang berwarna-warni. Walaupun hanya tiga tahun belajar di luar negara, sedikit sebanyak kenangan itu masih tersimpan dalam memori. Memori yang masih ada itu saya luahkan dalam bentuk cerita fiksyen. Mungkin sudah boleh jadi 'trademark' saya.

Oh, lamanya tak taip dan berkongsi kisah di sebalik tabir sejak karya pendek @ Gelap siap awal tahun ini. Dan kini, sudah masuk pertengahan November. Oh, cepatnya masa berlalu!

Seperti biasa, saya suka ambil gambar macam pelancong. Dan papan LED skrin di bahagian tengah kompleks membeli-belah ini memaparkan kempen berkaitan kesihatan mental.

Alhamdulillah, hikmahnya Covid-19 ini memberi banyak kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental. Saya sendiri pernah menulis tentang hal ini dalam "Albatros" dan "Hikari Ainori" di mana salah seorang watak utamanya, Adriena Ayuni merupakan pesakit skizofrenia. Dan dalam Gelap pula, Syah juga bertarung dengan dirinya sendiri.

Hmm, macam nak pergi buat lawatan sambil belajar ke pameran di Alamanda Exhibition Gallery seperti yang terpapar dalam gambar ini. Ya, field trip untuk Gelap terutamanya.

Walaupun sudah dapat due date untuk #BKHJodoh_Rindu dan #BKHSolo2022, saya tak pernah melupakan semua cerita yang pernah ditulis.

RADHA dan Gelap sentiasa dalam hati dan ingatan.
Cinta Sofea pun sentiasa dalam hati dan ingatan.
Semuanya sentiasa dalam dalam hati dan ingatan.

Insya-Allah, selagi Tuhan mengizinkannya.

Kerana setiap cerita yang saya tulis ada bersimpan sebab, memori, kenangan dan muhasabah diri saya di situ. Supaya selepas habis menulis itu, saya dapat melihat kembali diari @ jurnal perjalanan hidup saya.

Mesti perasan lama saya tak taip entry baharu, kan? Mohon maaf sangat. Saya sedang sibuk dengan kerja hakiki dan segala macam urusan peribadi. Insya-Allah, ada kesempatan blog akan dikemaskini dengan entry baharu.

Stay safe semua. Take care tau.

Wallahu 'alam.

#RADHA

Source:

No comments: