Friday, January 07, 2022

[Behind The Scenes] Gelap (6)

Karya pendek

Gelap
Oleh Rnysa

#behindthescenes 6
#usrah #dakwahdantarbiyah
Di sebalik tabir...

Kalau yang pernah baca RADHA (sama ada versi online atau cetak) dan CINTA SOFEA, mesti ada yang baca tentang penglibatan Nurul Akasyah dan Nur Khadijah dalam usrah.

Untuk Nurul Akasyah @ Syah dalam RADHA, macam mana dia nak diajak join usrah sejak zaman belajar di UM lagi. Part ini dia ada bercerita dengan Kaduk. Lepas itu, banyak juga scene Syah join program waktu dia berada di Jepun.

Untuk Nur Khadijah @ Adi dalam CINTA SOFEA pula, pertama sekali nama panggilan 'Adi' itu inspired by Kak Adi @ Nor Adila Rahmad. Tuan punya gambar yang saya share ini. Kakak yang sangat baik dan soft spoken. Waktu saya di Jepun, beliau dan kakak-kakak usrah lain ini rajin ajak saya. Dan saya join sajalah benda baik. Cuma, dalam batch saya tak ramai yang join program sebegini.

Eh, apa nak share untuk cerita di sebalik tabir pembikinan Gelap kali ini?

1. Tentang komen pembaca dll

Oh, yang baca versi online RADHA mungkin faham perubahan cara saya tulis RADHA waktu itu. Dari Syah yang happy-go-lucky kepada yang jadi budak usrah. Lenggok gaya bahasa pun turut berubah seiring dengan perubahan diri Syah. Ramai yang highlight fasal perkara ini. Ada juga lebih suka cara saya tulis sebelum Syah cuba jadi budak baik dan sopan, berbanding gaya penulisan selepas Syah join usrah itu. Pernah ada yang komen, "Macam ditulis oleh dua orang yang berbeza."

(Dan watak Mukhriz dalam CINTA SOFEA, orang tegur fasal ikhtilat. Nampak Mukhriz mesra sangat berbual dengan Adi apa semua. (Rasanya watak Kaduk & Ammar juga ada yang komen tentang benda yang sama - ikhtilat. Jadi, saya tampilkan part Wawa dalam RADHA untuk nasihat Syah.) Memang betul biasanya tak bercakap sangat pun dengan lelaki yang join usrah. Kalau terbit CINTA SOFEA, saya akan betulkan bab itu. Kalau tak, tolong jangan ikut... adik-adik dan ukhti-ukhti (pada yang pernah baca).)

Penglibatan saya dalam persatuan islam di Jepun adalah sikit-sikit. Mungkin pernah pegang jawatan tapi saya dah tak ingat. Yang jadi AJK dalam gathering memang ada. Saya selalu jadi AJK bahagian memasak. Tapi bab beri pengisian, tazkirah atau jadi naqibah, tak sampai level saya lagi. Ya, saya suka tolong buat kerja dapur saja.

Lagipun dulu saya jenis pendiam, tak bercakap sangat. Dan teringat masa program terakhir saya sertai, ada satu sesi itu kita kena beri komen fasal sifat/sikap orang lain. Untuk saya, ramai yang letak 'pendiam' dekat negatif.

Saya pun rasa macam pelik waktu itu: "Eh, orang pendiam ni orang pandang as negatif?"

Tapi sekarang, disebabkan faktor kerja (meeting itu kerja, kerja itu meeting), saya sudah terlebih banyak cakap. Dan ramai juga terkejut dengan perubahan saya itu.

Oklah, semua gambar ini merupakan kenangan waktu berprogram semasa belajar di Jepun dulu. Yang sebahagiannya saya abadikan dalam karya saya.

Memori saat waktu pernah ditarbiyahkan, kan.

2. Nostalgia ber'gathering'

Oh, kenapa nak #throwback ni kan?

Alhamdulillah, pada bulan Disember lepas saya ikut serta dalam Winter Gathering @ Muktamar anjuran MISG-IMSA. Sempatlah join beberapa sesi sharing. Jadi, rasa sangat nostalgik di situ. Nama persatuan seperti MISG di US, ada yang di UK-Ireland dan ada yang di Mesir, saya pernah dengar waktu saya join IPIJ dulu.

Terima kasih kepada committee yang menganjurkannya secara atas talian. Merasalah saya yang jauh dari Malaysia dapat join juga.

Waktu dalam IPIJ, kebanyakan pelajar perempuan yang join dari sekolah agama (KISAS, SMAP dll) atau mungkin pernah ikut usrah masa di sekolah rasanya.

Saya sangatlah awkward waktu itu. Sebab saya ini... ehemmm... budak koir sekolah dan masa di UM pun saya buat persembahan koir juga untuk menyambut keberangkatan tiba kerabat diraja dari Jepun (boleh baca profil saya di link LindkedIn dekat profile Rnysa ini).

Nak tambah awkwardness itu lagi, pernah masa saya singgah di rumah kawan dalam perjalanan pulang ke Tokyo, salah seorang tanya dekat saya fasal aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan. Masa itu tentulah saya dicop 'muka budak baik'. Hmm, macam tak kena saja di situ.

Apapun, saya berharap apa sahaja perkongsian saya melalui watak Syah dan lain-lain dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dan kebaikan. Kalau ada yang tak sesuai, boleh komen atau DM saya. Saya ok saja. Insya-Allah, saya boleh memperbaikinya.

Btw, Adeilah pun dah pandai beri tazkirah sekarang. How sweet... ☺️

Kalau Kaduk tahu, mesti Adeilah dapat pulut kuning lagi. Doa dan harapan seorang abang itu termakbul, akhirnya. Alhamdulillah syukur.

Oklah, ma'assalamah.
Banyak entry nak ditaip since dah up 3 teaser. Tolong doakan saya dapat ilham yang baik, ya.

Wallahu 'alam.

Source:

No comments: