Friday, January 07, 2022

[Behind The Scenes] Gelap (9)

Karya pendek

Gelap
Oleh Rnysa

#behindthescenes 9
#adaptasinovelkedrama
Di sebalik tabir...

Sejak novel "Ombak Rindu" berjaya pecah panggung, pernah sebuah stesen TV shortlisted RADHA dan beberapa buah novel JS yang lain. Kemudian minta penulis menghantar sinopsis masing-masing. Selain JS, mereka menghubungi rumah penerbitan lain juga.

Oh, waktu itu Januari 2014, saya tak submit pun dan tarik diri sebab rasa ada karya JS lain yang lebih layak. Lagipun waktu itu saya baru sahaja berpindah semula ke group teknikal daripada group data analysis. Tak sempat nak fikir buat sinopsis yang sedap.

Sampai sekarang pun, saya masih menulis tanpa sebarang sinopsis bertulis. Hanya 'karang' dalam kepala sahaja, tak mencatat di atas kertas. Melainkan untuk projek Buku Solo 2022 sahaja saya diminta untuk menghantar sinopsis, tajuk bab dan point setiap bab. Kalau ikut jadualnya, penulis perlu menyiapkan 20% daripada keseluruhan buku pada bulan ini. Dalam perancangannya nak buat 20 bab, jadi kena mula menaip 4 bab pertama.

Berbalik kepada tujuan asal entry ini...

Pagi tadi dapat mesej WhatsApp daripada pihak JS. Mula-mula saya ingatkan penerbit untuk 'novel'. Rupa-rupanya untuk 'drama'. Baca dua, tiga kali jugalah sebab tak percaya ada penerbit yang berminat dengan karya saya. Dan sama seperti sebelum ini, penulis JS yang lain juga diminta memaklumkan e-mel yang terkini untuk dihubungi.

Insya-Allah, saya akan cuba kali ini sekiranya ada penerbit yang sesuai dan berminat. Saya baru balik dari bengkel manuskrip bersemuka beberapa hari lepas, masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan difahami sebelum diaplikasikan.

Logline, treatment, formatnya dll.

Walaupun sudah beberapa kali mengikuti kelas secara atas talian, penulisan manuskrip drama/telemovie ini sangat baharu untuk saya.

Harap sempatlah nak buat macam-macam kerana sudah berderetan software baharu yang menanti saya tahun depan. Tak termasuk lagi yang akan datang - yang baru dapat direction minggu lepas dan untuk model baharu 2022.

Terima kasih atas ucapan dan kata-kata semangat.
Saya sangat menghargainya.

Hmm, cepatnya dah hujung tahun semula.
Semoga yang baik-baik untuk 2022.
Insya-Allah.

Wallahu a'lam.

#RADHA

Source:

No comments: