Friday, January 07, 2022

[Behind The Scenes] Gelap (3)

Karya pendek

Gelap
Oleh Rnysa

#behindthescenes 3
Di sebalik tabir...

Alhamdulillah, entry [27] Gelap sudah siap!

Dan semua entry #throwback19 - #throwback27 pun dah selamat simpan dalam blog. (saya dah revert balik to draft sebab rupa-rupanya kena siapkan sampai [29] Gelap baru masuk #throwback. Maaf ya, penulis sendiri confuse dah 🙏😂)

Jadi, sekali saya ingin 'berehat' sebelum meneruskan entry seterusnya. Teaser dah up dalam Facebook, tinggal nak taip entry penuh dalam blog seperti biasa. Dah tak Work From Home sejak 12 Jun lalu, progress menulis pun sedikit berantakan.

Ya, dan ini bererti yang cerita Gelap ini pun sudah menghampiri penghujungnya. Harap berjaya menemui pengakhiran seperti yang dirancang di bawah ini, insya-Allah.

[Intro I] Gelap, [1] ~ [9] Gelap
[Intro II] Gelap, [10] ~ [19] Gelap
[Intro III] Gelap, [20] ~ [29] Gelap
[Intro IV] Gelap, [30] ~ [39] Gelap
[Intro V] Gelap, [40] ~ [50] Gelap

Dan tamat... 😘

Saya masih berhutang 2 perkara yang berkaitan tentang watak/plot dalam Gelap yang mungkin menjadi 'topik' akan datang:

1. Tentang Ammar
2. Tentang keluarga Syah.

Dan dapat permintaan baharu (terima kasih!):

3. Kalau dapat selam hati Wawa lama sikit

Insya-Allah, saya cuba tulis lebih sikit pasal Wawa, ya.

Dan, apabila tulis cerita ini kebimbangan dan ketakutan yang pernah saya bayangkan terjadi. Apa dia? Sebab watak-watak dalam ini... semuanya dah kahwin 😅

Antara sebab utama saya pernah kongsikan bersama-sama Abang Rosdi @ Imaen (Al-Fatihah) kenapa saya tak berapa bersedia nak siapkan Cinta Sofea dulu itulah puncanya juga. Macam mana orang Kelab Single nak tahu serba-serbi pasal alam rumah tangga, kan?

Dan tentulah, Abang Rosdi dengan baik hatinya beri semangat pada saya supaya terus menulis juga. Mari saya kongsikan di sini.

---
From: imaen muhammad
Sent: ‎Thursday‎, ‎6‎ ‎March‎ ‎2008‎ ‎23‎:‎15‎:‎00‎ ‎+08
Subject: Menulis

Salam,
 
Cerita rnysa tentang Cinta Sofea, pada saya, kita menulis tidak terhad hanya kepada pengalaman sendiri. Mungkin boleh berdasarkan pembacaan, pengalaman kawan-kawan atau imaginasi. Jadi rasanya tak perlu menunggu sampai harus melalui pengalaman itu sendiri. Tulis saja. Kadang-kadang orang yang tidak berpengalaman itu juga punya idea atau tanggapan yang baik tentang sesuatu isu.
 
Dua Dunia? Bagi saya tajuk itu tak sedap sangat. Albatros; Antara Langit dan Bumi lebih menarik. Semoga dapat diterbitkan pada tahun ini.
 
Okey. Semoga berhubung lagi dan teruskan menulis!
 
Imaen

---

Lama dah saya suarakan kebimbangan saya. Bukannya tak boleh reka atau bertanya pada orang. Tapi biasalah, penulis kadangkala cipta dunia dia sendiri dalam novel, mungkin akan ada perkara yang tak logik yang dimasukkan juga.

Waktu tulis watak Kaduk sekarang pun, ada yang komen yang Kaduk ini 'spesis' suami yang rare jarang ditemui sampai kawan office saya minta buatkan watak suami tak tolong isteri di rumah. Ahaha.. Saya faham. Saya pun ada ayah dan ramai adik-beradik lelaki. Dan tak dinafikan juga ada lelaki yang dahulunya rajin menjadi kurang rajin sebab dah ada isteri tolong buatkan serba-serbi untuk dia. Rasa nak dimanja-manjakan, ya 😅

Watak Kaduk jadi begitu sebab mengikut acuan saya nak. Memang senanglah! Pada hakikatnya, tidaklah semudah itu kan 😊

Namun begitu, perihal hidup berumah tangga yang mengalaminya sahaja yang benar-benar tahu. Dan setiap pasangan suami isteri itu berbeza. Saya pasti ada pasangan seperti Kaduk & Syah, Ammar & Wawa, Pinto & Dira dll.

Fokus cerita ini yang ingin saya sampaikan mungkin ada yang dapat tangkap.

Tak ada siapa yang SEMPURNA.
Setiap orang ada UJIAN dan DUGAAN masing-masing.
Qada' dan Qadar. TAKDIR dan REZEKI dalam kehidupan.

Termasuklah hidup lelaki yang bernama Carl Duke Adam itu tak perfect mana. Contohnya, bab ikhtilat @ pergaulan dengan Syah sebelum kahwin dia pun tak berapa jaga betul-betul sangat.

Apapun, terima kasih sebab sudi baca Gelap dan RADHA. Teruskan komen, jangan segan-silu tau. Terima kasih yang komen/review di Instagram dan Twitter. Saya pun seronok dapat tulis cerita Syah-Kaduk semula - cerita dan watak yang paling saya sayang pun.

Macam saya kata, saya nak tulis cerita lain sebenarnya tapi tertaip sekuel RADHA pula. Jadi saya jadikan cerita ini untuk saya berlatih menulis semula. Mana tahu dapat momentum nak siapkan balik Cinta Sofea.

Mungkin saya pernah beritahu, saya letak syarat pada diri sendiri untuk menulis dan terbitkan Cinta Sofea.

Kahwin.

Dan disebabkan itu, sampai sekarang cerita itu disimpan. Saya pun kadangkala jenis pegang dengan janji pada diri sendiri. Saya tak mahu tulis cerita yang tak berpijak di bumi yang nyata. Sikit-sikit nak berangan-angan itu bolehlah, nama pun cerita fiksyen kan.

Namun disebabkan kesihatan yang makin menurun sejak akhir tahun lepas dan macam-macam yang terjadi dalam hidup, Allah beri ilham dan kelapangan masa untuk saya cuba menulis semula. Sekurang-kurangnya saya berharap cerita saya dapat tolong saya di alam sana, kan. Inilah saham dan 'anak-anak' saya nanti ☺️

Oh, semalam makcik jiran belakang rumah saya di Perak meninggal. Dia yang tolong jaga adik bongsu saya sejak dari kecil dan sampai sekarang anggap adik saya sebahagian dari keluarga dia. Jadi, saya tak dapat bayangkan kesedihan adik lelaki saya itu. Mak tak ada, mak wa pun tak ada. Al-Fatihah buat mak & mak wa 🥀

Dengan usia yang kian singkat dan masa yang kian terbatas, semoga ada bekalan yang nak dibawa.

Akhir sekali, saya ada soalan:

Dalam banyak-banyak entry Gelap termasuklah yang throwback, yang mana satu anda paling suka dan kenapa?

Boleh tinggal jawapan dalam komen, ya ☺️

Selamat membaca Gelap #RADHA.
Semoga mendapat manfaat.

Sayang selalu,
Rnysa

Source:

No comments: