Friday, January 07, 2022

[Behind The Scenes] Gelap (1)

Karya pendek

Gelap
Oleh Rnysa

#behindthescenes 1
Di sebalik tabir...

Dah back-to-back post cerita, saya berehat sekejap ya.

Pertama sekali, lama sungguh Rnysa tak menulis dan secara konsisten sebegini. Pagi-pagi buta sudah ada episod baharu, kan!

Alhamdulillah, Allah beri ilham menulis... walaupun ada ceritanya mungkin ke lautan Pasifik, terlompat-lompat etc. Harap dimaafi ya.

Yang penting sekarang, saya tulis apa yang ada dalam fikiran tanpa banyak soal. Pun begitu, kenalah juga rujuk semula 'fakta' cerita terdahulu.

Contohnya: nak kira usia perkahwinan Syah dan Kaduk sebab saya tak tahu nak letak umur anak-anak mereka. Hmm... mujur versi online saya 'simpan' bulan perkahwinan mereka. Jadi mudahlah nak buat kira-kira matematik segala.

Oh, sebenarnya saya tak berniat pada asalnya nak tulis sekuel RADHA pun. Sebab sebelum ini pun dah banyak sekuel RADHA yang saya pernah cuba tulis: Pagar Ruyung la, 1 Phase 3 Phase la, versi anak-anak mereka la, entri pendek sempena apa-apa dll.

Kebetulan lepas saya post Intro Gelap ada pula seorang adik ini menulis posting Facebook yang panjang dan terselit tentang RADHA sekali di situ. Cerita sejarah adik ini membaca novel dari Darjah 2 pada tahun 2002 lagi membuatkan saya asyik mengira umur saya dan dalam masa yang sama memikirkan apa patut saya bahasakan diri saya - kakak atau makcik 😅

Jadi, semua yang membaca 'Gelap' dan saya sendiri patut berterima kasih kepada adik Izlin NM. Disebabkan posting 'Aku dan Novel' adik inilah, makanya saya 'tertulis' RADHA lagi. The rest is history... ☺️

Terima kasih... adik Izlin dan semua yang sudi membaca cerita-cerita saya selama ini. Terima kasih juga kepada mereka yang selalu bertanya karya terbaharu saya dan memberi kata-kata semangat.

Terima kasih juga kepada yang sudah bertanya sama ada nanti ada versi cetak untuk sekuel RADHA yang ini atau tidak. Hmm... yang pasti saya akan pindahkan ke dalam blog saya seperti kebiasaannya. Lain-lain belum difikirkan lagi.

Apapun, tolong doakan yang baik-baik ya 😉

Semoga sama-sama mendapat manfaat, insya-Allah.

Rnysa

#MCODay29
#stayathome


Source:

No comments: