Karya Pendek
Gelap
Oleh Rnysa
#throwback3
#Happy12thAnniversary #KadukxSyah
Story 1
Saya suka main buih sabun
Gelembung bulat
Cantik berkilat
Bila ditiup angin
Melayang
Terbang tinggi sampai ke awan
Sabun celup air
Kocak-kocak jadi buih
Ambil buluh celup
Tiup buih
Terbang jauh
Aku senang sekali melihat Aisyah yang sedang menyanyi riang. Dia tak ubah seperti aku yang dulu. Kini suara halus dan comelnya sungguh indah mempersonakan. Bagaikan hembusan angin petang yang berdesir dengan tenang. Arham pula sedang tertawa riang. Hilai tawanya berlagu damai. Aku senang sekali melihat keakraban Aisyah dan Arham. Dua cahaya mata kami yang sedang membesar di bumi orang.
Kedinginan musim sejuk tidak menghalang mereka dari bermain buih sabun di tengah padang rumput yang sudah kuning warnanya. Aku melemparkan pandangan pada pepohon yang sudah hilang dedaunnya. Ah, sudah penghujung musim luruh di bumi sakura.
Bersama-sama dua anak itu, seorang ayah sedang tersenyum lebar. Penuh sabar melayan kerenah si anak perempuan yang teruja melihat buih sabun yang sangat besar berjaya ditiup oleh ayahnya.
Keindahan petang ini dinikmati bersama.
Kami berempat.
Akasyah. Adam. Arham. Aisyah.
***
Story 2
"Kita kena balik Malaysia, ibu? Kenapa?" Tanya Aisyah sebelum menyuap sebiji takoyaki ke dalam mulut. Arham sekadar memerhati. Dia juga menanti jawapan yang sama. Sebelum masuk tidur semalam dia terdengar ayah dan ibu sedang berbincang tentang hal itu.
"Dulu ibu belajar dan kerja di sini. Sekarang kontrak ibu sudah tamat. Ayah pun sama." Terang aku. Setelah bertahun-tahun tinggal di negeri matahari terbit Jepun, akhirnya mereka akan pulang juga ke tanahair.
Aisyah mengunyah takoyaki dengan cermat. Dia bimbang sos BBQ akan terpercik keluar dan terkena pada abangnya. Tadi abang Arham sudah menjeling tajam kerana Aisyah sudah makan tiga biji takoyaki. Aisyah paling suka makan bebola berisi potongan kecil sotong kurita itu waktu masih panas-panas. Dia boleh makan satu pinggan penuh takoyaki tanpa perlu berkongsi dengan abang Arhamnya.
***
Story 3
"Mengelamun."
Dia memetik jari di hadapan wajahku.
"Tak boleh nak fokus..."
Aku melepaskan keluhan panjang.
"Fokus pada abang engineer sudahlah..."
Dia mempamerkan riak comel seperti selalu.
Aku ketawa.
"Ini tak ada kaitan dengan abang engineer pun."
Tangan ligat menyembat baju kurung buat si anak kecil.
Aduh, dah nak raya! Baju raya si Aisyah dengan Arham tak siap lagi!
Kenapalah abang engineer suka paksa aku jahit baju raya? Dengan baju raya dia sekali aku kena jahit. Beli saja kan senang!
"Ha.. ha... tu dok tengah merungut dalam hati la tu."
Dia serkap jarang. Panah tepat ke sasaran. Bull's eye!
"Mana ada..."
Kasyafkah suami aku ni?
"Tak baik bohong. Allah tahu.."
Dia senyum-senyum simpul.
"Hmm... masalah betul bila kahwin dengan best friend ni. Semua pasal kita dia dah tahu."
Aku mengguman perlahan.
"Menyesal ke?"
Dia angkat kening.
"Tak. Suka sangat!"
Jawapan separuh sinis.
Dia ketawa senang hati.
Aku? Grrr... geramnya!
***
Story 4
Semua orang punya cita-cita dan angan-angan. Dia, gadis polos, yang suka bermimpi. Dan kini aku sedang berkongsi mimpi dan impian bersama-samanya.
Aku sentiasa kagum melihat perubahannya. Dari dulu sehingga ke saat ini.
Dulu dia seorang yang lincah bersukan, menyanyi koir dan berlakon di atas pentas.
Kini sudah bergelar doktor dan bakal pensyarah dalam bidang kejuruteraan sistem kawalan.
Ada tika dan waktunya aku rindu mendengar suara dia menyanyi seperti dulu.
Dengan nada soprano yang sengaja dibuat-buat. Ya, dia gadis yang lucu.
Saat ini aku senang sekali mendengar dia menyanyi dengan Aisyah. Melagukan Asma ul-Husna.
Mata Aisyah semakin layu didodoikan oleh suara ibunya yang lembut mendayu. Begitu juga dengan Arham.
Mata aku menyapa matanya.
Dia senyum.
Ah! Dia... masih Nurul Akasyah yang dulu.
Suara dan senyumannya terus-menerus menambat hatiku.
Aisyah dan Arham sudah masuk ke alam mimpi.
Lalu aku bisikkan pada si dia yang manis, "Berpisah darimu takkan ada dalam kamus hidupku..."
Senyuman manis meniti bibirnya.
"Masih ingat lagi?"
"Ya. Mana mungkin boleh lupa."
(bersambung...)
#RADHA
Petikan #throwback di atas daripada versi asal online entry RADHA REVISITED *Their never ending stories* yang ditulis pada 12-13 November 2010.
No comments:
Post a Comment