Karya pendek
Gelap
oleh Rnysa
#throwback13
#SelamatHariRaya #KadukxSyah
"Balik Malaysia tak cakap!"
"Sorry, adik sepupu..."
"Sedih betul kena beraya dekat sini."
"Alahai, macam tak biasa..." Aku sekadar ketawa halus.
"Abang Adam teruk tau! Tikah tengah sedih ni."
"Haha... Nanti abang Adam kirim salam pada semua."
"Kejam..."
"Kejam apa? Tak cakap nak balik pun. Kalau tak boleh tolong bagi advanced bayar tiket Aussie-KLIA."
"Ingat nak belanja..."
"Uish, nanti yang dekat Leicester nak juga. Naya! Nanti nak kena belanja berapa ramai adik sepupu seluruh dunia!"
Aku ketawa lagi. Mengerling pada Akasyah yang sedang menjeling manja (copyright control: kak nacha).
"Tikah, abang Adam dah nak naik plane ni. Lagipun tak boleh nak cakap lama-lama. Nanti ada orang jealous."
"Kak Syah kan sporting."
"Dia dah jeling maut pada abang Adam ni."
"Perasan! Siapa yang jeling dia? Siapa yang jealous?" Akasyah menggumam perlahan.
Berpaling pada si dia.
"Dalam hati siapa yang tahu kan..." Kataku, sekadar mahu mengusik sang bidadari lagi.
Akasyah sudah kerut kening sampai nak bertemu.
"Ayah cakap dengan siapa, ibu?" Aisyah bertanya dengan nada pelat. Hairan melihat gelagat ayahnya.
"Aunty Tikah Aziz. Cousin ayah." Segera memimpin tangan Aisyah untuk bangun.
"Abang Carl Duke Adam, Tikah nak balik..."
"Sorry, cik adik. Dah nak kena off handphone ni. Selamat beraya di perantauan, ya!"
"Ayat kejam..."
***
Teman sekerja aku, Doktor Kamilah Ibrahim pernah berkata, Adam adalah cinta pertama dalam hidup aku.
Jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan buatku.
"Syah, it is a blessing to have a husband and a friend in the same time!"
"Sebab itu dia sangat special in my heart?"
"Yes. 100% correct! Don't you think so?"
"Maaa.... sou to ometta keredo...(Oh, saya pun berfikir macam tu tapi..)" Aku menggumam perlahan.
"Doktor Akasyah, tak nak lah cakap Jepun dengan I. I tak faham..."
Aku menggeleng perlahan. "I tak cakap apa-apa pun. Just wonder..."
Just wonder... kalau terima cadangan Kak Zinnirah fasal Ammar dulu?
Agaknya macam mana hidup aku sekarang? Would it be different?
Aku mengerling pada Kaduk yang sedang berbicara di telefon.
Dengan siapa pula?
"Didie..."
Didie mana pula? Didie as in 'Didie' dalam aA+bB Hlovate?
Now it makes me wonder... berapa ramaikah adik sepupu dia seluruh dunia ni?
Ayashii na... (Agak mencurigakan ya...) dengan abang rambut perang aku itu.
"Duduk aja diam-diam dekat Leicester tu." Kaduk garu kepala. "Sejak bila tiba-tiba semua orang nak bermanja dengan abang cik ni? Semalam your kak chik called me, now... you? Later... your other kakak pula."
Leicester? Aku gelak dalam hati. Ooo... sekarang kakak si Tikah pula yang menelefon.
"Nanti Kak Syah suspect abang Adam ada skandal dengan siapa-siapa pula. Cause I keep getting phone calls from girls." Kaduk mengeluh perlahan.
"Ala...skandal apanya? Adik sepupu sendiri maa.."
"Ya lah, adik sepupu sendiri pun. Tiba-tiba semua orang nak bermanja ni jadi musykil. Ada hidden agenda?"
"Naa... kita orang saja nak usik abang Adam. Pakatan adik-beradik. Teringat zaman dulu-kala."
Adilah teringat zaman mereka semua beraya di Johor dulu. Kampung abah. Dalam ramai-ramai sepupu, mereka adik-beradik paling rapat dengan adik-beradik abang Adam. Kak Sofea yang berdua dan yang adik bongsu abang Adam. Cheese cake dalam cawan disuap ke dalam mulut.
Siap! Eksperimen resepi tiramisu yang ditemui dalam blog ummizaihadi berjaya dilakukan. Arham dan Aisyah sudah tidak berkelip memandang setampuk krim putar kesukaan mereka. Aku pun sudah tidak sabar-sabar mahu menikmatinya.
"Balik Malaysia dululah. Baru dapat jumpa segala. Nak suruh Abang Adam pergi UK pula..."
Kaduk sudah geleng-geleng kepala. Kalau ada 10 lagi adik sepupu macam ni... pening dibuatnya!
Tiba-tiba semua datang mood nak bermanja mengalahkan meow si Aisyah.
Pandangan Kaduk jatuh pada anak kucing siam yang dibela oleh opah.
Tapi Aisyah sudah buat macam kucing dia pula. Dan beri nama suka hati dia macam hak dia.
"Meow..." Aisyah sudah menyudu tiramisu untuk si meownya.
"Aisyah!" Aku dan Kaduk sudah menjerit serentak.
Ya, rabbi! Anakku yang sorang ni la... Kucing mana makan tiramisu!
***
Usai urusan kenduri tahlil untuk mak, awal pagi ini sudah dikejutkan oleh pemergian opah saudara sebelah rumah yang sudah lama sakit. Jenazahnya selamat tiba petang tadi dari Kuala Lumpur. Terus dikebumikan selepas solat asar. Sebelah malam pula anak-anak keluarga Opah Jah menganjurkan kenduri tahlil untuk ibu mereka yang telah pergi.
Arham, Aisyah dan sepupu-sepapatnya sibuk bermain tanpa menyedari apa yang terjadi. Aisyah berlumba lari dengan anak abang long, Farah Amira dan juga anak abang cik, Shamila. Bagai nak runtuh rumah kayu opah - yang letaknya di sebelah rumah arwah Opah Jah - dengan gegaran larian mereka.
Aku sudah kasi signal mata pada Kaduk minta dia jenguk-jenguk dua beradik berambut perang itu di rumah opah. Arham yang sayang adiknya itu, mana boleh nak mendisiplinkan Aisyah yang jenis tidak makan saman. Hanya dengan ayah baru si Aisyah takut sikit. Kaduk masih punya aura ketua pelajar (merangkap ketua pengawas) walaupun sudah pencen bertahun nan lalu. Ya lah, ayat apa dia jampi sampai dengan aku sekali mudah patuh dengan arahannya.
"Mak ngah, pak ngah Adam cakap bahasa apa masa dia tegur Aisyah dengan Arham?" Soal Farah Amira - yang baru lepas UPSR dan berjaya dapat 5A - kepadaku yang baru pulang dari kenduri tahlil.
Aku berfikir sejenak. "Oh, Bahasa Belanda kot..." aku meneka.
Si Aisyah dan Arham memang boleh faham sikit-sikit bahasa asing itu. Aku sahaja yang lambat tangkap.
Adakah itu tanda penuaan sedang berlaku? Otak tak cepat pick up macam waktu muda remaja dulu.
"Pening, pening. Bila nak marah Aisyah... ibu suka cakap Jepun, ayah suka cakap Belanda. *Komatta naa..." Aisyah, si drama queen kami itu mengomel dalam bahasa pelatnya. Aku dan Kaduk ketawa serentak.
"Apapun... of course pengaruh ibu dia lebih besar kan, Aisyah?" Aku angkat kening pada Kaduk. "Apa barang cakap Dutch? Cakap French barulah romantik..." Aku gelak jahat.
"Sekali abang cakap Dutch ada yang cair..."
"Try me..."
"Ik hou van jou..."
"Tak faham..."
"Sengaja buat tak faham la tu. Kan pernah ajar dulu..." Kaduk tarik muka merajuk.
Rasa bersalah sebab terlupa. "Sorry, memang tak ingat..."
"Susah betul kahwin dengan orang Jepun celup ni...." Kaduk geleng kepala.
"Aishiteru. Nak abang sebut maksud dalam bahasa inggeris or melayu?"
"Oh, tak payah..." Aku sudah merah muka. Ik hou van jou = I love you!
"Ik hou van jou, ik hou van jou..." ulang Kaduk.
Ok, maybe in Dutch pun bunyi romantik juga. Dalam hati sudah cair macam coklat...
***
"Ibu, nak scramble eggs..." Tiba-tiba Arham datang dan merengek perlahan, main tarik-tarik hujung baju.
Akasyah kesat peluh dengan hujung lengan baju kurungnya sahaja.
"Apa dia, sayang?"
"Scramble eggs..." ulang Arham sekali lagi.
Mata Akasyah membulat. "Hari ni kan pagi raya. Orang tak makan scramble eggs..."
Aduhai anak ibu!
Kaduk juga muncul pula di dapur. "Sayang, scramble eggs dan breakfast macam biasa, ya,"
Aduhai, ayah dan anak sama saja! Wajah Akasyah sudah berkerut seribu.
Akasyah menjeling-jeling ibu mertuanya yang ligat memasak nasi biryani.
"Mama dah masak nasi biryani..." Dia cuba memohon pengertian.
"Please..." Kaduk senyum sampai penuh pipi.
Ah, ini yang lemah...
"Please ibu..." Arham pun tiru taktik ayah dia.
Hati seorang ibu pun cair...
Pandangan tajam si ibu mertua diabaikan. Terpaksa!
"Masakkanlah Akasyah..." Mendatar sahaja bunyi suara mama Kaduk.
Maka, rasa kecut perut itu datang lagi. Akasyah lepaskan nafas perlahan.
Nanti ibu mertua fikir permintaan anak lelaki dan cucunya tidak dilayan.
"Please? Sekejap lagi nak pergi masjid untuk solat sunat hari raya..."
Kaduk sudah ketuk-ketuk balang biskut raya. Konon-konon sudah lapar sangat!
"Baiklah tuan..."Akasyah ketap bibir.
Geram, geram. Tahulah tahun ini kita beraya dekat rumah keluarga dia.
(bersambung...)
#RADHA
*Komatta naa... : This is an expression that you can use when you are in a deep trouble and want to make fun of yourself or the situation you are in.
Petikan #throwback di atas daripada versi asal online entry RADHA Revisited *Their never ending story* yang ditulis pada 14-18 November 2010 dan juga RADHA Versi Eid 1433H yang ditulis pada 26 Ogos 2012.
No comments:
Post a Comment