Wednesday, January 13, 2021

[#throwback47] Gelap

Karya pendek

Gelap
oleh Rnysa

#throwback47
#fortherestofmylife

Malam ini ada majlis reunion sekolah di kafe sebuah golf resort. Kaduk awal-awal lagi sudah bersemangat sejak minggu lepas. Baru saja dapat kad undangan dia terus pergi ke bank untuk memasukkan duit yuran pendaftaran untuk dua orang. Seronok sangat dia dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama kami waktu di sekolah menengah dulu.

"Insya-Allah, Ammar pun turun dari Sarawak. Dia baru call. Dah sampai KLIA. Kita pergi ambil dia dulu, okey?" kata Kaduk dengan wajah ceria.

"Okey."

Yes! Ammar pun akan turun dari Sarawak. Dia keseorangan saja. Wawa masih di Jepun menyudahkan ijazah sarjananya di Universiti Tokyo. Kasihannya mereka terpaksa hidup terpisah-pisah begitu. Tak apalah, Ammar kan tabah orangnya.

"Lamanya tak tengok muka Ammar. Mesti makin handsome. Oppss!" Aku cepat-cepat menutup mulut yang tak berinsuran ini. Malunya. Macam mana boleh terbabas cakap ni?

Mata Kaduk sudah menjeling. "Err, Puan Akasyah... awak tu dah kahwin. Tak baik tau puji lelaki lain handsome, sedangkan suami sendiri pun terlebih-lebih kacak." Kaduk menarik hidungku kuat-kuat.

"Hmm... tak jadilah macam ni nak jemput Ammar. Suruh dia datang naik teksi airport," kata Kaduk lagi sambil ketawa.

"Hahaha... ada orang cemburu." Aku pun turut ketawa.

"Tak habis-habis lagi ke crush zaman sekolah tu? Cukup-cukuplah. Tengok sajalah orang yang handsome depan mata ni." Kaduk mengeluarkan cadar biru lembut dari dalam almari. Dia membawanya ke bilik tetamu. Aku mengikutnya dari belakang. Dia segera menggantikan cadar yang sedia ada dengan yang baharu.

"Abang ajak Ammar tidur rumah kita. Okey kan?" Kaduk melirik ke arahku. Aku jadi bisu beberapa saat. Macam tak percaya saja. Ammar tidur sini...

"Rasa macam tak selamat saja bawa Ammar datang sini. Hahaha..." Kaduk ketawa lagi setelah melihat aku sudah diam macam kena sampuk saja.

"Dia tumpang tidur malam ni saja. Takkan nak biarkan dia tidur dekat hotel. Dah lama tak sembang-sembang dengan dia." Kaduk masih memandang dengan ekor mata. "Lagipun esok pagi dia nak pergi rumah ibu mertua dia dekat Shah Alam. Mungkin tidur semalam dua. Lepas tu terus balik kampung." Beritahu Kaduk lagi.

Oh, Ammar nak jenguk rumah umi dan walid Wawa.

"Hmm... okey," balasku. Entah apa yang 'okey' pun aku tak tahu. Tapi 'okey' sajalah untuk sesi penerangan Kaduk yang panjang lebar itu.

Aku kembali duduk di meja kerja Kaduk sambil melayan mp3 yang baru Kaduk muat turun dari internet. Lagu For The Rest of My Life nyanyian Maher Zain. Sedap liriknya.

"Sedapkan lagu ni. Seronoknya kalau ada orang tujukan lagu ni pada Syah." kataku sebaik sahaja sedar Kaduk berada di belakangku.

"Iya?"
"Iyalah. Liriknya sweet."

***

"Sweet?" soalku pendek. Si manis mengangguk lagi. Syah tersenyum panjang, melayan bait-bait lagu yang romantis. Bekas ahli koir sekolah itu sudah berada di awang-awangan, agaknya.

Teringat waktu sekolah dulu, Syah pernah buat persembahan solo lagu Menghitung Hari dari Kris Dayanti itu. Selesai latihan koir pasukan sekolah untuk persembahan Hari Merdeka... Syah, Liana, Khalid dan Cikgu Zul buat 'show' sesama mereka pula. Syahlah yang jadi tukang menyanyi. Cikgu Zul main piano, Khalid petik gitar dan Liana gesek biolanya.

Waktu aku melintas di dalam dewan dalam perjalanan ke padang bola, mata Syah tertumpah ke arahku sewaktu menyanyikan bait lagu yang ini:

Yang aku minta tulus hatimu
Bukan puitis

Aku semacam terkasima waktu itu. Aku rasalah, waktu itulah agaknya aku semacam... suka pada dia. Sungguh. Bila aku cuba ingat-ingat semula. Betullah, itulah waktu dan saatnya. Mana pernah seumur hidup ada perempuan cakap begitu pada aku. Dalam bentuk nyanyian pula itu. Entah kenapa aku tiba-tiba jadi terharu di petang itu. Entahlah!

Aku pun berdiri tegak di tengah dewan menghayati Syah yang duduk di atas pentas di belah kiri piano sedang menyanyi dan sampai lirik yang sama dia pandang aku sekali lagi.

Yang aku minta tulus hatimu
Bukan puitis

Betullah... waktu itu aku semacam sudah terpikat dengan suaranya yang comel.

Dan waktu ini, saat ini aku memandang Syah semula. Lamanya tak dengar dia menyanyi. Melihat Syah asyik ulang dengar lagu Maher Zain itu, aku tiba-tiba mendapat satu akal!

***

Aku tidak akan dapat melupakan saat ini. Mujurlah aku buat rakaman video dengan kamera digital sewaktu Kaduk sudah berada di atas pentas. Bukannya untuk berdebat. Dengan iringan petikan gitar oleh Khalid dan Faisal, dia mengalunkan lagu Maher Zain itu. Mula-mulanya aku ingat Khalid yang akan menyanyi dan Kaduk jadi back up singer atau apa. Tolong ketuk kerincing ke apa ke.

Rupa-rupanya tidak!

Ya, hari ini dalam sejarah!

Bekas ketua pelajar kami itu akan menyanyi. Yang syahdunya... dia menyanyi khas untuk... aku!

I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinkin' that love was wrong
But everything was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

Aku macam dah tak sanggup nak dengar bahagian korus lagu ini. Tolonglah jangan bagi aku tiba-tiba pengsan sebelum waktunya. Tolonglah!

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I, I`ll be there for you

"Tak sangka suara Kaduk boleh tahan juga. Agaknya mesti dia selalu karaoke dengan kau di rumah," kata Laila, tidak semena-mena. Suaranya mengganggu konsentrasiku pada nyanyian Kaduk.

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together in Jannah
All I know I found myself
I feel so strong
Yes! Every thing was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

"Wah, mentang-mentanglah aku bekas budak koir sekolah. Kau cakap macam tu..." Aku menjeling ke arah teman satu dormku dulu, Nur Laila Ghani. Di rumah aku pernah dengar Kaduk mengaji Quran saja, Laila! balasku dalam hati pula.

I know deep in my heart
And now that you're here in front of me
I strongly feel love
I strongly feel love
And I have no doubt
And I sing it loud that I will love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I, I`ll be there for you

Dari tadi Kaduk masih menatap mataku. Memang dia nak kasi aku cair macam glasier dekat kutub di malam bulan terang ini?

I know it deep in my heart

Aku masih terpegun. Langsung tidak mempedulikan Ammar yang duduk selang satu kerusi dari aku, yang sudah semakin kurus kerana duduk di pelantar mintak itu. Ternyata malam itu Kaduklah yang paling kacak dalam ramai-ramai orang. Yalah, siapa lagi nak puji suami sendiri, kan!

(bersambung...)

#RADHA #menghitunghari

Petikan #throwback di atas daripada versi asal online e-novel RADHA: 1 Phase 3 Phase yang ditulis pada 30 Disember 2009.

Kredit lirik lagu:
1. For the Rest of My Life - Maher Zain
2. Menghitung Hari - Kris Dayanti

1 comment:

MaY_LiN said...

Happy! Bahagia syah
��