Sunday, January 10, 2021

[39] Gelap

Karya pendek

Gelap
Oleh Rnysa

39

20 Disember 2020
#MCODay278 #PKPB
#stayathome #JourJ #DDay

Di dalam sungguh terang.
Dengan limpahan sinar cahaya kebahagiaan yang memenuhi segenap ruang.

"Del, dah-dahlah tu..."

Raja Norashikeen sudah bercekak pinggang. Tak tahan pula dia tengok Adeilah asyik membetulkan letak tudungnya. Dari semalam lagi dia sudah tolong gosokkan tudung kawannya itu tapi cik kak yang seorang itu masih rasa serba tak kena.

Mana nak jaga dua anak teruna dia lagi. Ajwad Rizqeen dan Afeeq Rizqeen dok seronok main kejar-kejar dengan anak saudara Adeilah, Arham dan Akram dalam halaman rumah papa dan mama Adeilah yang sudah bertukar menjadi laman 'garden wedding' buat anak bongsu mereka ini. Mujurlah banyak mata yang tolong memerhati. Takut bermain sampai keluar ke tengah jalan.

Sejak dari hari Jumat lagi semua teman rapat Adeilah (kecuali Nana) sudah mula datang bersiap sedia untuk majlis bersejarah Adeilah dan pasangannya. Untuk semua teman baik rapat, Adeilah sendiri taja penginapan mereka di homestay yang berdekatan. Alhamdulillah, semoga murah rezeki Adeilah dan suaminya selepas ini.

Semalam meriah berlangsungnya malam berinai buat Adeilah bersama dengan teman rapat dan saudara terdekat. Sederhana tapi ceria. Semua orang tumpang rasa gembira untuk Adeilah. Syukurlah, akhirnya Tuhan bukakan hatinya menerima seseorang dalam hidupnya. Sudahlah baru kenal, terus nak langsung menikah. Tak jadi tidak Adeilah mahu bernikah masa tengah Covid-19 dalam tahun ini juga.

"Hidup ini terlalu singkat. Kalau boleh rasa bahagia sekarang, buat apa nak ditunggu lagi," kata Adeilah masa parti 'bridal shower' mereka minggu lepas.

Dan tentulah semua terpegun mendengarnya. Adeilah yang sebelum ini semacam sudah putus asa dan kecewa tahap dewa dengan Freddy, berubah jadi seorang yang spontan. Selalunya dia sangat berhati-hati dalam soal memilih pasangan selepas perjalanan cintanya dengan Freddy yang tidak kesampaian.

Terus Raja Norashikeen menjenguk sekejap ke luar beranda waktu ini sambil memerhati anak-anaknya yang sedang seronok bermain dengan kawan-kawan baharunya. Indahnya zaman waktu kecil. Kita bebas berkawan tanpa ada rasa prejudis atau tanggapan negatif.

Nun di bahagian pentas utama untuk majlis akad dan lain-lain nanti, abang Pinto sudah bersedia sejak awal selaku pengacara majlis bersama dengan Alia Hayati.

Beritahu cik pengantin, bekas tuan 'landlord' abangnya sudi beri khidmat percuma pada Khalid dan Adeilah. Sekarang Abang Pinto dan Alia sedang uji mikrofon buat kali yang terakhir untuk memastikan kelancaran majlis akad nikah dalam sekejap masa sahaja lagi.

Dan teman rapat selebihnya bertugas jadi bridesmaids kepada Adeilah. Masing-masing sibuk menata rias diri buat kali terakhir sebelum mengiringi Adeilah turun untuk majlis akad nikahnya.

"Delllll!" Raja Norashikeen sudah menjerit agak kuat. Serentak itu yang lain turut berpaling pada Adeilah.

"Ya salam, apa dibuatnya you sembur 'hair spray' atas tudung ni, Del?" Darlina sudah ternganga.

"Teknik baharu?" Adeilah senyum dan buat muka comel.

"Lepas kahwin, you pakai tudung sarung ada awning teruslah." Sempat lagi Amy Hanafi beri idea.

"Ish, tak naklah. Tak sesuai dengan bentuk muka." Adeilah menggeleng.

"You tu pakai tudung saji ke, tudung periuk ke.. Pakai apa pun nampak cantik jelita lagi." Puji Izlin Nur Maisarah sambil mencalit gincu jenis matte pada bibirnya.

Adeilah ketawa. Kak Syah pun cakap benda yang hampir sama kepada dia.

"Hai, berjanggutlah si Ed nak tunggu cik kak ni bersiap nanti," usik Raja Norashikeen buat kali terakhir kepada Cik Sofea Adeilah binti Carl Duke Akbar. Semoga jadi isteri yang solehah ya, Del.

***

"Kiranya aku ni banyak berjasa untuk keluarga kau, Kaduk. Dulu zaman kau nak 'mengorat' Syah yang main hantar-hantar 'surat' pun... aku yang jadi posmennya. Sekarang rumah sewa aku pula jadi saksi adik kau dan Ed bertemu. Alhamdulillah..." Pinto tersenyum senang hati. Banyak juga pahala dia dapat dalam membantu orang lain mendirikan masjid. Tak begitu?

Syah sudah angkat kening sebelah macam Ziana Zain apabila dengar ayat Pinto. "Hai, nak 'claim' juga ke?"

"Yang hantar 'surat' apa ni? Bila masa kau jadi posmen untuk kami berdua?" tanya Kaduk. Dia tak ingat pula 'sumbangan' Pinto dalam kes hubungan Syah dan dia.

"Syah mesti ingat. Kan, Syah? Perempuan selalunya ingat benda-benda macam ini." Pinto pandang wajah Syah yang juga nampak blur.

"Maaf, landlord. Banyak benda lain nak ingat." Selamba Syah menutur.

Dan terus Pinto buat muka sedih sebab jasa baktinya dilupakan.

"Apapun, terima kasih bro sebab jadi MC hari ini." Entah berapa kali Kaduk berterima kasih dengan Pinto yang sudi jadi MC secara sukarela.

"Alah, kita dah macam keluarga. Kan, Syah?" Pinto senyum pada Syah yang sibuk melayan Akram yang nak makan. Dan ibu anak tiga itu sekadar membalas dengan senyuman sahaja.

Sekejap lagi semua geng anak-anak termasuk semua lima anak dara Pinto nak ikut pengantin berarak masuk, menjadi sebahagian pasukan 'flower boys & girls'. Nanti besar boleh tolong bawa dulang hantaran pula.

"Dah siap makan, Alia?" Sempat Pinto nak beramah mesra dengan co-host yang kebetulan lalu di hadapan meja dia sekeluarga dan Kaduk sekeluarga. Keluarga sebelah perempuan sedang bernikmati lauk-pauk kenduri sebelum nak sambung semula menyambut tetamu.

"Dah tadi. Sekali dengan kawan-kawan," jawab Alia sambil tunjuk meja bridesmaids yang pakai baju warna sedondon.

Pinto ambil kesempatan senyum dekat geng pengapit pengantin perempuan yang cantik manis sebelum senyuman menyirna dek bertembung mata dengan renungan tajam Kaduk kepadanya.

"Bos!" Pinto terus angkat gelas berisi air sirap lalu minum seteguk.

"Bro, jangan nak cuba jual minyak dekat sini." Kaduk beri amaran sepatah-sepatah.

"Tak. Aku makan nasi minyak saja hari ini," balas Pinto dengan suara rendah supaya tidak didengari oleh Dira yang sedang sarat berbadan dua. Hanya menunggu hari nak bersalin tidak lama lagi

***

Jour J. D-Day.

Hari ini adalah hari yang penting buat Adeilah dan Khalid. Hari penyatuan dua hati. Bermula dengan majlis akad nikah dan majlis kenduri resepsi pada sebelah siang, bersambung pula majlis kecil dan santai bersama dengan teman rapat dan kaum kerabat termasuklah acara buka hadiah pada sebelah malam. 

Waktu.
Pemisah masa.

Kartu.
Pemadam rasa.

Ucapan tahniah diterima bertalu-talu. Sanak saudara dan tetamu jemputan dari jauh dan dekat bertali arus tiba di kediaman keluarga Ir. Carl Duke Akbar dan Dr. Sufiah.

Akhirnya Nana juga muncul dengan Freddy dan dua anak kecil mereka pagi tadi.

"Tahniah, Del." Ucap Nana lalu memeluk erat Adeilah. "I dan Freddy dalam proses berbaik-baik semula," bisik Nana kemudiannya.

"Terima kasih, Nana." Balas Adeilah sebelum pandangannya jatuh pada Freddy. "Alhamdulillah, itu yang terbaik. Dia yang terbaik untuk you," bisik Adeilah juga.

Fasa kehidupan suami dan isteri buat pasangan Khalid dan Adeilah baru nak bermula di saat Jour J pada hari ini.

Kau dan aku.
Takkan terpisah oleh waktu.

Aku dan kau.
Takkan terpadam dalam kartu.

***

"Dan, lagu seterusnya ni untuk Kak Syah. Hati Tak Bertuan, nyanyian asal Rossa. Cover oleh Sofea Adeilah." Adeilah kenyit mata pada Khalid yang sudah bersedia dengan piano.

"Terima kasih sebab beri laluan pada Khalid nyanyi lagu BTS hari itu. Kalau tak kerana Kak Syah minta Khalid penuhi permintaan saya semasa majlis keluarga dulu, tak mungkin Khalid dan saya boleh bersatu hari ini." Sambungnya lagi.

Usai sudah semua majlis pada hari ini. Sekarang semua sedang bersantai sambil rehat minum kopi. Paling dekat dengan piano ini, meja Achik dan Kak Syah sekeluarga, Abang Ammar dan Kak Wawa dan juga Abang 'landlord' Pinto.

Selain Adeilah, rupa-rupanya Kak Wawa pun datang buat kejutan yang tersendiri. Setelah lama menunggu, akhirnya dia dan Abang Ammar akan menimang cahaya mata. Dan satu lagi kejutan, kakak kembarnya yang sepatutnya berada di Ireland itu pun turut hadir memeriahkan majlis.

Syah minta izin nak pergi menyertai Adik dan Ed. Terus berduet dengan adik iparnya itu. Ed pun ikut sama jadi suara latar.

"Kaduk, kau nampak tak sekarang kenapa Syah bukan main lagi setuju yang Ed kahwin dengan adik kau? Dia nak buat konsert reunion dengan geng dia." Laju Pinto buat analisis tanpa diminta.

"Biarlah dia nak bergembira..." Kaduk merenung wajah isterinya yang tersenyum riang. Namun apa yang bergolak dalam hati Syah, hanya Syah seorang sahaja yang tahu. Terutamanya selepas nampak kemesraan antara mama dan Ain hari ini. Kaduk sendiri tak sangka yang Ain sudah berada di Malaysia sejak lebih dua minggu yang lalu.

*Di manakah engkau kini?
Aku berselimut sepi
Menangis memanggil namamu
Ke mana harus kucari
Saat rindu membunuhku?
Jangan jadikan hati ini
Hati tak bertuan

Dari sebelah piano, Syah masih dapat lihat lagi mama sedang berbual panjang dengan Ain dan anaknya, Husna. Saat ini tiba-tiba mata Syah dan Ain berlaga antara satu sama lain.

(bersambung...)

#RADHA #selamatpengantinbaharu #kompangdipalu

Dan yang Pinto jadi posmen boleh baca dalam entry ini

*Kredit lirik lagu:
Rossa - Hati Tak Bertuan

P/s: Entry Gelap [38] & [39] ini tribute untuk semua yang berkenaan. Mungkin ada nama yang tak dapat nak letak sebab ramai sangat. But you know who you are. Terima kasih sebab sudi beri semangat, baca dan teman sepanjang saya menulis Gelap. Saya sangat menghargainya... from the bottom of my heart ☺️

📷: Pinterest




2 comments:

MaY_LiN said...

Yippie! Akhirnya jd adik ipar c ed tu..
Bergabungla kelab koir..
Nape mama kaduk buat shah gitu..
So sad ��

Deeba said...

Unbreak my heart😂