Wednesday, January 06, 2021

[38] Gelap

Karya pendek

Gelap
Oleh Rnysa

38

Beberapa hari sebelum Jour J
#MCODayXXX #PKPB
#stayathome #bridalshower #savethedate

Di dalam makin terang.
Dengan lampu berkelip dan belon helium dalam parti riang.

"Dia tanya dan I jawab ya."
"Macam tu saja?"
"Ya."

Ketawa pecah.

Enam sahabat bertemu.
Kawan masa belajar dekat Convent, KMB dan Paris.

Amy Hanafi, Izlin Nur Maisarah, Alia Hayati, Raja Norashikeen, Darlina Deris & Adeilah.

"Jadi, kiranya dia yang melamar you la, Del?"
"Lebih kurang."

"Mujur tak melutut macam..."
"Gila! Nak kena bebel dan tazkirah dengan abang I?"

Semua ketawa lagi. Faham sangat.

"Apapun, kami tumpang gembira. Akhirnya semua geng kita dah kahwin."
"Syukur alhamdulillah..."

Dan terus mereka berenam buat 'group hug'. Masing-masing sebak.

Pelukan dilepaskan selepas beberapa minit kemudian.

"Dulu I ingat Del yang kahwin dulu..."
"Tak ada jodoh. I yang paling akhir. Penutup!"

Adeilah kacau air minuman di hadapannya sambil menatap wajah kesemua teman rapatnya itu satu per satu. Namun, tak cukup seorang. Kurang seorang

"You ajak Nana datang hari ni, Del?" tanya Alia Hayati perasan yang mata Adeilah seperti mencari-cari seseorang. Adeilah dan Nana sudah berkawan sejak Darjah Satu lagi.

"Dah. Tapi dia tak jawab..." balas Adeilah. Dia semak pesanan dalam aplikasi WhatsApp. Blue tick...

"Dia sibuk agaknya. Dia dan Freddy kan..." Raja Norashikeen tak sempat nak habiskan ayat dah kena siku dengan Darlina.

"Ouch!" Raja Norashikeen sengaja mengaduh kesakitan kuat-kuat. Padahal tak ada apa pun. Dia kenyit mata pada Darlina yang merenungnya tajam.

Semua maklum bahawa rumah tangga Nana dan Freddy sedang bergolak sekarang. Dan tentunya seperti biasa nama Adeilah pasti terheret sama. Ternyata Freddy tidak dapat melupakan Adeilah dan sering menyatakan kekesalan meninggalkan bekas tunangnya itu.

Namun, nasi sudah menjadi bubur. Yang sudah lepas, sepatutnya usah dikenang atau disebut lagi.

Tetapi, Freddy beritahu yang dia masih menyintai Adeilah, yang pernah mengisi ruang hatinya bertahun-tahun lamanya. Itu kata Freddy, kata-kata lelaki yang tidak mahu bertanggujawab dengan pilihan dan tindakannya sendiri. Yang tak nak menyelesaikan apa jua masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya.

Bagi Adeilah semuanya sudah berakhir setelah Freddy memilih berlaku curang di belakang Adeilah dengan kawan baik Adeilah sendiri. Dua orang yang sangat Adeilah percaya sanggup mengkhianatinya. 

Adeilah sudah redha dan menerima takdir yang sudah berlaku. Melepaskan Freddy yang sudah lama bertakhta di hatinya kepada orang yang paling rapat dan yang mengajarnya erti persahabatan. Malah Adeilah juga berharap kebahagiaan mereka berdua berpanjangan sehingga ke syurga.

"Kau ni baik hati sangat, Del." Darlina tahu Adeilah jenis yang lembut hati. Kawan baik sendiri buat begitu pun dia mudah memaafkan dan sanggup memenuhi undangan Freddy dan Nana suatu masa dahulu.

"Tak adalah baik hati sangat pun. Dah jodoh mereka waktu tu. Dah takdirnya begitu." Adeilah balas dengan suara rendah.

Adeilah masih teringat perbualan terakhir dia dengan Nana beberapa bulan lalu.

"Freddy kata yang dia masih sayangkan you, Del. Perkahwinan kami ni sebuah kesilapan."

"Nana..."

"Betul, Del." Nana sudah teresak-esak di hujung talian.

Lama Adeilah membungkam, diam tidak bersuara. Dia pun buntu dalam hal ini.

"Nana, I dah lama lupakan dia. I yakin yang dia pun bahagia dengan you."

"Tak. Dia kata, dia tak bahagia pun..."

Aik, kalau tak bahagia macam mana boleh dapat dua orang anak? Adeilah sudah pening, garu kepala yang tidak gatal.

Disebabkan itu Adeilah berdoa setiap hari semoga Allah memberikan jalan keluar untuk Freddy-Nana dan dirinya juga.

Jadi, kehadiran Khalid Ahmad, kawan rapat kepada Achik dan Kak Syah merupakan jawapan kepada doanya itu. Tak sangka pun sebenarnya yang dia boleh terima kawan abangnya itu, yang selama ini Adeilah cuba elak.

"Hari ni hari nak sambut hari bahagia Del." kata Amy Hanafi apabila nampak Adeilah senyap sahaja

"Tup tup dah nak kahwin. Macam mana dan bila kenal? Bila bertunang?"
"Dia tu kawan Achik dan Kak Syah. Merisik dan bertunang terus hari yang sama. Minggu depan dah nak majlis."

Kali ini Adeilah fikir yang dia tak nak diikat dengan tali pertunangan lama-lama macam dengan Freddy dulu. Waktu tengah Covid-19 ini Khalid dan dia nak langsungkan majlis pernikahan terus.

Ternganga juga kawan-kawan Adeilah mendengarnya. Ternyata kali ini Adeilah terus ambil jalan pintas. Tak sabar juga nak tengok macam mana rupa bakal suami yang dirahsiakan itu.

***

Beberapa minggu sebelumnya...

"Jadi?"

Khalid diam lama. Sudah beberapa kali jumpa Adeilah dekat rumah Kaduk dan Syah. Minggu lepas kebetulan abah dan ibu datang KL, terus dia ajak jumpa Adeilah di sebuah kafe dekat dengan rumah keluarga Adeilah di Bangsar. Sekali terus jumpa dengan papa dan mama Adeilah juga. Alhamdulillah, abah dan ibu Khalid berkenan. Khalid 'jual' nama Kaduk juga masa nak memperkenalkan Adeilah.

"Ed?" Syah petik jari.

"Kalau aku ajak dia kahwin, kau tak rasa tergesa-gesa sangat?" Khalid pandang muka Syah.

"Normallah tu. Baik kau ada niat macam itu, daripada nak berkawan lama-lama tanpa arah tuju. Kawan lama-lama ni tak berapa elok. Banyak dugaannya." Syah ulang balik apa Ammar pernah nasihat pada dia.

"Kau serius ke ni?" Akhirnya Kaduk bersuara.

Khalid bawa keluar kotak cincin dari saku seluarnya. Lama juga dia tunggu Pinto balik. Takkan dia nak melamar depan Pinto pula. Inipun dia segan juga nak melamar depan Kaduk dan Syah.

Syah tak tahu nak tergelak atau terharu. Rasa dejavu betul. Rupa-rupanya Ed ni pun sama 'spesies' dengan Kaduk juga! Nak luahkan perasaan main beri cincin apa semua.

"Sayang, tolong panggil Adik." Si abang sudah beri arahan.

Syah ikut saja arahan Kaduk dan bangun untuk panggil Adeilah yang berada dalam bilik Aisyah. Sejak sudah berhijab, Cik Adik dia itu bukan main lama juga nak bersiap tudungnya. Sepuluh kali 'adjust' tak jadi lagi. Syah bisik-bisik pada Adeilah yang Khalid nak cakap sesuatu yang penting.

Di ruang tamu rumah sewa Pinto, empat pasang mata bertemu. Syah pula rasa berdebar lebih macam dia yang nak dilamar sekali lagi.

"Adeilah, will you marry me?"
"Yes!"

Ya rabbi, tak ada intro, mukaddimah, pantun apa... macam itu saja? Syah sudah tercengang sambil berkerut dahi.

Syah pandang Kaduk. Reaksi muka Kaduk pun sama juga. Diam tak terkata.

"Kira... jadilah ni?" Syah bersuara perlahan-lahan. Macam cepat sangat pula, tak sempat nak hadam apa yang berlaku.

Kaduk hanya mampu geleng kepala sambil pandang Adeilah yang tengah tersenyum lebar sampai ke telinga.

"Alahai, bab jawab lamaran ni... Kak Syah kau terlebih dramatik dengan Achik. Berapa minggu dia buat Achik tertunggu-tunggu," kata Kaduk dalam hatinya sambil menatap wajah Syah yang sedang tumpang gembira juga.

"Ya." Adeilah jawab sekali lagi sambil menilik cincin di jari manisnya sebelum beralih tumpahkan pandangan pada Khalid semula.

"Terima kasih."
"Kasih diterima."

Syah genggam jari-jemari Kaduk. Dia pula rasa sebak. Kaduk membalas genggaman lebih erat.

Janji.
Sehidup semati.

Mimpi.
Seindah sengeri.

Selagi janji ditepati bersamamu.
Selagi mimpi ditemani bersamamu.

(bersambung...)

#RADHA #BFFforever

P/s: Entry Gelap [38] & [39] ini tribute untuk semua yang berkenaan. Mungkin ada nama yang tak dapat nak letak sebab ramai sangat. But you know who you are. Terima kasih sebab sudi beri semangat, baca dan teman sepanjang saya menulis Gelap. Saya sangat menghargainya... from the bottom of my heart ☺️

📷: Pinterest




2 comments:

MaY_LiN said...

Dush dush..
Nana ngan freedy ni
Geramnya
Tahniah adeilah ��

Ms.N said...

Kat mana nak tahu cerita Nana dan freedy?