Karya pendek
Gelap
Oleh Rnysa
29
Malam minggu.
#MCODay145 #PKPP
#stayathome #stayinlovewithher #stayinlovewithhim
Di luar separuh gelap.
Hanya bayang hitam yang menjadi teman di kala malap.
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. - An-Nisa 4:1
Alhamdulillah, hari ini Kaduk jadi imam solat maghrib di rumah dan baca surah An-Nisa'. Sementara menunggu waktu isya' masuk, dia sampaikan tazkirah juga menerangkan asbab al-nuzul atau sebab-sebab turunnya ayat Quran untuk surah yang dibacakannya tadi. Dapatlah ilmu sedikit sebanyak sambil beri peringatan pada diri sendiri dan seisi keluarga. Sudah menjadi tanggangjawab seorang suami seperti firman Allah dalam Surah Al-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
Juga dia berpegang pada pesanan dalam hadith Nabi SAW.
Daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya:
“Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya berkaitan orang dibawahnya. Seorang Imam (ketua atau pemimpin) ke atas manusia adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Dan seorang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan dia akan ditanya berkaitan perihal mereka (ahli keluarganya).” [Riwayat Muslim (1829)]
Sejak sudah boleh pergi solat berjemaah di masjid, sekali-sekala dia akan memimpin solat berjemaah di rumah juga. Alhamdulillah, banyak hikmah apabila satu keluarga dapat beribadat menghadap Tuhan yang Maha Esa sepertimana tujuan penciptaan manusia itu sendiri yang termaktub dalam kalam Ilahi. Waktu dan kesempatan yang ada dimanfaatkan sepenuhnya bersama dapat mengeratkan lagi hubungan dengan isteri tercinta dan juga anak-anak tersayang setelah seharian berkerja mencari nafkah demi memastikan kelangsungan hidup.
Kemudian, disambung pula makan malam bersama-sama hasil air tangan Syah dan dia. Sambil makan itu pula berbual-bual dengan anak-anak bertanyakan aktiviti hari itu dan hal lain-lain yang santai. Arham dan Aisyah sudah mula masuk sekolah semula. Jadi dia dan Syah pun tanyalah pasal sekolah.
"Hari ni Arham belajar apa di sekolah?"
"Aisyah macam mana di sekolah hari ni? Seronok tak?"
Cuma Akram sahaja masih duduk di rumah lagi dan mereka jaga sendiri sahaja buat masa ini walaupun sebelum ini hantar ke playschool. Sebab Kaduk pun boleh berkerja dari rumah sampai hujung tahun ini. Sejak PKP baru tiga empat kali dia pergi pejabat, selebihnya dia berkerja dari rumah sahaja. Alhamdulillah, bertahun-tahun dia merantau bekerja di offshore dan onshore, ada masanya dia terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak, maka peluang sebegini sangat bermakna sebenarnya.
Setiap kali dia menatap wajah Syah dan anak-anaknya dia dapat merasakan ketenangan yang seperti Allah sebut dalam Surah Ar-Ruum ayat ke-21.
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
Alhamdulillah, selama ini dia memang benar-benar ingin perkahwinan mereka ini kerana Allah. Itu janjinya pada Syah waktu meluahkan hasrat memperisterikan gadis manis itu dahulu. Pada dia, berkahwin kerana Allah itu maksudnya dia perlu melayari bahtera perkahwinan ini sebaik mungkin mengikut segala apa yang telah yang diperintahkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan juga hadith nabi.
***
💌💌💌
Assalamu'alaikum my dearest grandma,
Hope you are doing well.
I would like to seek an advice from you, if possible.
How to avoid being angry?
Warm regards,
Akasyah
💌💌💌
Wa'alaikumussalam my dear love,
Praise to Allah, I am doing well.
It's a very difficult question to answer. Anger is an emotion to another emotion. You first need to find the primary emotion. There are many situations that can make people angry. It's difficult to give one piece of advice that is helpful for all situations.
Love,
Grandma
💌💌💌
Grandma Aisyah membaca emel daripada Akasyah berkali-kali. Apa yang tidak kena?
"Adam, kamu dan Akasyah ngak apa-apa?"
Mesej ditaip dan butang [Hantar] ditekan.
Mesej ditaip dan butang [Hantar] ditekan.
***
Waktu mesej grandma dihantar, Kaduk sedang sibuk pasang khemah dalam rumah. Malam hujung minggu begini, dia mahu bersantai dengan keluarga sahaja. Tak perlu bercuti jauh-jauh pun. Ruang tamu sudah bertukar menjadi tapak perkhemahan. Khemah besar yang biasa dia bawa kalau buat aktiviti luar dipasangnya dengan lampu LED. Ada terselit sentuhan suasana romantik juga di situ untuk Syah dan dia. Malam yang bertemakan perkhemahan & filem diisi dengan menonton semula filem animasi Malaysia, Ejen Ali yang menjadi kesukaan Akram.
Sesekali dia melirik kepada Syah yang nampak cantik sangat memakai dress labuh serba putih, warna kesukaan Kaduk. Siap jalin rambutnya yang panjang. Aisyah pun pakai baju dan braid rambut sama dengan ibunya. Dah nampak mereka macam 'adik dan kakak' pula!
Syah memang pandai pikat hati dia begitu. Selalu berdandan cantik-cantik depan suami dan mengikut citarasa kesukaan Kaduk, tentunya.
Bayangnya.
Yang menawan.
Sayangnya.
Yang tertawan.
Manakan bisa terlindung jika tiada bayangnya.
Manakan bisa terselindung jika tiada sayangnya.
Daripada Sa`id bin Musayyib, bahawa Saidina Ali RA bertanya kepada isterinya Fatimah RA:
ما Ø®َÙŠْرٌ للنساءِ
Maksudnya: Apakah perkara yang paling baik bagi kaum wanita?
Fatimah RA menjawab:
أنْ لا ÙŠَرَÙŠْÙ†َ الرجالَ ولا ÙŠَرَÙˆْÙ†َÙ‡ُÙ†ّ
Maksudnya: Yakni wanita-wanita yang tidak melihat kepada lelaki dan lelaki juga tidak melihat kepada mereka.
Hilyatul Auliya’ (2/40)
Pada Syah, cukuplah sekadar Kaduk yang menatap dan menghargai kecantikannya.
***
"Sayang, kenapa grandma mesej abang macam ni?" Kaduk sua telefonnya kepada Syah yang sibuk suap bertih jagung sambil mata tengah ralit menonton Ejen Ali beraksi.
Love, please say to her this way...
As human being our emotion or reaction is so complex. Getting sad or angry are one of those feelings which is an instant reaction to a certain situation but doesn't mean that you won't approach such in a positive way. The best way to handle is to find solution for the moment you encounter a problem. Once it is identified then it's no longer a problem but rather becomes a situation there you can think positive solution to it....
"Eh, grandma ni..." Riak muka Syah terus bertukar apabila Kaduk tunjuk pesanan grandma meminta suaminya itu cakap sekian-sekian. Oh, selama ini grandma bercerita pada Kaduk soalan-soalan yang dia tanya ke? Habislah...
"I ada marah you ke, sayang? Sampaikan you cuba nak minta khidmat nasihat kaunseling dan psikologi 'percuma' grandma, sayang? Kan I pernah kata yang I ni 'manager' grandma, sayang. Apa-apa you kena melalui I, sayang."
Alamak, banyak sangat 'sayang' dalam ayat perbualan ni! Sah Kaduk tengah 'marah' dia sekarang. Sebab kecil besar kecil besar mata Kaduk pandang Syah saat ini.
"Sekarang sejak kita balik Malaysia, you memang ada hobi baharulah... I rasa. Betul tak, sayang? You suka kena marah dengan I, kan? You rindu nak dengar suara 'debater pencen' ni banyak bercakap, kan? Hmm... sayang?"
(bersambung...)
#RADHA #debaterpencenisbacktoaction
No comments:
Post a Comment