Karya pendek
Gelap
oleh Rnysa
#throwback23
#UntoldStory #Taiping
Suka bagai nak rak dekat orang lain, kahwin dengan orang lain pula.
"Betullah awak kahwin dengan pelajar 'corot' saya ni," usik Cikgu Sulaiman yang masih mengajar teknologi kejuruteraan.
Amboi, cikgu...tahulah saya pernah gagal subjek cikgu dulu. Tapi janganlah cerita kuat-kuat depan pelajar terbaik sekolah a.k.a suami saya! Jerit Syah dalam hati.
Kaduk tersenyum-senyum sahaja. Yalah, siapa sangka dia akan akhirnya jatuh hati dan berkahwin dengan bekas 'anak murid'nya sendiri.
"Sudah jodoh, cikgu." Balas Kaduk, perlahan. Tak berani dia ikut ketawa dengan usikan Cikgu Sulaiman kerana Syah sedang menjeling-jeling tajam.
Marah ya cikgu bocorkan rahsia awak! Saya tahulah awak dapat berapa markah masa itu. Cikgu Sulaiman 'ter'beritahu siapa dapat markah terendah sebab saya tanya waktu 'ter'nampak cikgu sedang menanda kertas jawapan awak. Kan saya kenal sangat tulisan sebutir-sebutir awak tu, wahai Cik Puan Akasyah tersayang! Kata Kaduk di dalam hati.
Usai majlis perjumpaan bekas pelajar, mereka bersiar-siar di sekitar Taman Tasik Taiping sambil mengimbau kembali kenangan lama. Siapa sangka mereka akan bertemu jodoh semula selepas beberapa tahun meninggalkan bangku persekolahan. Padahal waktu sekolah tidak pernah terlintas pun akan jatuh suka antara satu sama lain. Begitulah jodoh ketentuan itu di tangan Tuhan. Aturan-Nya sentiasa yang terbaik untuk kita.
"Ingat lagi terserempak dengan abang dan Ammar dalam perjalanan balik ke asrama. Abang tolong angkatkan cenderahati yang Syah beli untuk kelas." Syah menuding ke arah jalan yang pernah mereka lalui dahulu.
"Betul ke...ingat dekat abang atau... orang lain? Masa itu Syah kan suka orang lain tu..." Kaduk sengaja buat-buat suara merajuk. Yalah, tadi Ammar kan datang sekali dengan Wawa.
Syah sekadar angkat bahu. Dalam hati dia suka juga Kaduk ada rasa cemburu begitu.
Kereta sorong ditolak perlahan. Arham masih nyenyak sejak tadi.
Arham, di sinilah ibu dan ayah belajar dahulu. Nanti Arham sudah besar belajar rajin-rajin dan jadi anak yang baik ya!
Angin petang sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut. Selembut dan seindah kenangan yang manis tercipta saat itu. Dan saat ini... pasti ianya jadi momen yang terindah, kan 'abang ketua pengawas'?
Syah menjeling bekas ketua pengawas merangkap ketua majlis perwakilan pelajarnya itu buat kali kedua.
(bersambung...)
#RADHA
Petikan #throwback di atas daripada versi asal online Facebook posting yang ditulis pada 7 Jun 2015.
No comments:
Post a Comment