Karya pendek
Gelap
oleh Rnysa
#throwback27
#HBAreej #HBEncikCarlDukeAdam
"Selamat ulang tahun hari lahir, Areej! Tahniah Areej dan umi, bakal dapat adik baharu." Pagi-pagi lagi Akasyah sempat menghantar mesej kepada teman kenalannya, seorang pensyarah Bahasa Arab. Baru-baru ini dia berjaya jadi penulis cerpen dengan Adiwarna pula. Amboi, 'multi-skill' sungguh pensyarah muda kita yang satu itu!
Pagi-pagi lagi juga, Puan Akasyah rasa kelam kabut sangat. Sebab suaminya yang sepatutnya berada di Dubai, tiba-tiba muncul. Kaduk ni...balik Malaysia tak cakap. Tengah malam Selasa balik dengan bagasi. Macam pelajar asrama tiba-tiba terpaksa pulang balik bermalam sebab 'homesick'.
"Kenapa balik Malaysia tak cakap?!" Suara Akasyah naik tinggi satu not tanpa sengaja waktu menyambut suami di muka pintu. Mujur rumah sudah berkemas. Mujur sangat! Sepanjang minggu dia sibuk bermesyuarat dan menyediakan kertas pembentangan. Risaunya dia kalau Kaduk nampak rumah tidak teratur. Bab kebersihan dan kekemasan dia cerewet sikit.
"Bateri habis..." Jawapan tidak menjawab persoalan.
Orang tanya kenapa tak beritahu SEBELUM balik, bukannya sudah sampai Malaysia baru mahu telefon segala. Sabar sajalah.
"Minggu ini tak perlu hantar anak ke rumah pengasuh. Abang jaga..." Pesan Kaduk sebelum tidur.
Waktu menjerang serbuk teh, terfikir sesuatu. Kaduk balik sebab apa, ya? Mata terpandang photo frame Sony ada mempaparkan tarikh dan masa; bagaikan memberikan petanda.
17 September....
Oh, hari lahir Areej....sama dengan....tarikh ulang tahun kelahiran Kaduk!
Akasyah segera berlari ke kamar tapi Kaduk tiada di situ. Menjenguk pula bilik Arham. Tolak sahaja pintu nampak Kaduk sedang mengusap dahi Arham yang masih nyenyak dengan penuh kasih sayang. Segera dia merapati dan bersimpuh di sisi katil yang satu lagi, betul-betul mengadap Kaduk.
"Encik Carl Duke Adam, selamat ulang tahun hari lahir..." Ucap Akasyah dengan suara perlahan, tidak mahu mengganggu Arham yang masih lena dibuai mimpi.
Dia senyum.
"And I love you more than yesterday..." Sambung Akasyah lagi.
(bersambung...)
#RADHA
Petikan #throwback di atas daripada versi asal online Facebook posting (kecuali ayat terakhir) yang ditulis pada 28 September 2014.
No comments:
Post a Comment