Gelap
Oleh Rnysa
30
Khamis malam Jumaat
#MCODay157 #PKPP
#stayathome #staywithlefamilia
Di dalam tidaklah gelap.
Namun dia pergi tika waktu bukan tersilap.
Malam ini seperti biasa baca surah Yaasin untuk mereka yang terlebih dahulu telah menyahut panggilan Ilahi. Kaduk bacakan doa dan sedekahkan pahala kepada mak Syah dan semua kaum kerabat isterinya, termasuk sebelah keluarganya juga. Setiap kali sebut nama mak, Kaduk nampak Syah kesat air mata. Dia pun turut rasa sebak sama. Tak sempat nak merasa sangat kasih sayang ibu mentua. Anak-anak pun tak sempat kenal mak.
"Mak tak sempat nak tengok cucu-cucu dia." Itu yang Syah selalu sebut pada Kaduk setiap kali teringatkan mak dia. Ada rasa terkilan jauh di lubuk hatinya.
Kaduk tahu, salah satu sebab Syah sedih balik Malaysia...
"Balik sini pun mak dah tak ada." Kata Syah perlahan sebaik sahaja menjejakkan kaki di terminal lapangan terbang antarabangsa KLIA.
Kaduk segera urut belakang Syah tanpa kata apa-apa. Sebab nampak mata isterinya sudah berkaca-kaca melihat keluarga sebelah Kaduk yang menyambut ketibaan mereka sekeluarga dari Tokyo.
"Kalau mak ada, mesti mak datang sini jemput." Sambung Syah lagi sambil tersenyum pahit. Dah nak masuk umur 40-an pun dia masih bersedih apabila kehilangan seorang ibu buat selama-lamanya.
"Tak apa, mak tengah tunggu Syah dekat syurga." Balas Kaduk.
Nyaris Syah tak teriak menangis. Kaduk ni la... Cakap begitu buat dia lagi sedih.
Kaduk pandang wajah duka Syah sekali dan rasa nak cakap: "Sayang, janganlah bersedih lagi pasal mak."
Tapi, rasanya dia takkan mampu nak ucap begitu kepada Syah... sampai bila-bila pun.
***
#throwback
"Nanti pakailah sweater yang grandma beri tu." Sampuk Nenek Aisyah dari belakang.
Aku segera menoleh. Tubuh gempalnya kupeluk erat.
"Pasti kamu tak nak ikut kami balik Malaysia. Grandma boleh minta papa Adam belikan tiket untuk kamu. Itupun kalau kamu mahu."
"Grandma nak saya balik sekarang? Saya datang sehelai sepinggang aja ni. Kalau nak balik kena beli omiyage untuk orang Malaysia dulu. Mana boleh balik lenggang kangkung aja."
"Omiyage?"
"Souvenir..." Pantas aku membetulkan kesilapanku kerana menggunakan perkataan dalam Bahasa Jepun. Maklum sahajalah aku sudah terbiasa.
"Sebenarnya semua tu tak penting. Yang penting kamu balik. Jumpa keluarga. Pasti mereka rindukan kamu setelah setahun tak jumpa."
Aku cuma tersenyum. Benarkah aku yang dirindui? Atau omiyage yang aku bawa pulang? Sudah dua kali balik, dua kali juga beg aku yang dikerumuni terlebih dahulu oleh adik-adik. Bukannya aku! Mungkin mak yang rindukan aku. Mak memang selalu macam tu. Salah seorang antara kami tiada mulalah sedih-sedih.
"Mak kalau makan sedap-sedap mesti teringat kat kamu. Selalu fikir... agaknya apalah kamu makan kat sana tu, dah makan ke belum..." Ini adalah ayat yang wajib yang biasa aku dengar.
Dan pasti aku akan menjawab sambil gelak-gelak, "Makan ajalah mak."
Namun begitu siapa yang bisa mengerti hati seorang ibu . Mungkin aku boleh tidur dengan lena. Tetapi mak terbayangkan aku setiap saat. Ibu yang yang membawa aku di dalam kandungannya dari sekecil zarah. Dia yang melahirkan aku dalam keadaan menyabung nyawa. Dia yang menatang aku bagai minyak yang penuh. Dia yang menyusukan aku sampai kenyang. Dia yang mengajar aku perkataan yang pertama dan diajarnya bertatih. Dan akhirnya, anak perempuannya ini merantau jauh beribu-ribu batu dari matanya. Merentasi Laut China Selatan. Membawa harapan semua merealisasikan impian.
Mel elektronik yang kuberikan pada Along pun disuruhnya 'print' dan disimpan rapi dalam fail aku. Waktu aku balik dan lihat e-mel dalam failku, aku tergelak sendiri.
"Macam ni pun mak simpan?"
Malu dan terharu sebenarnya. Kolam mata sudah bergenangan. Sejak dari hari itu aku tulis guna ayat standard Bahasa Melayu. Waktu malam raya tahun pertama aku di sini pun dia yang menangis teresak-esak.
"Mak minta maaf sebab tak hantarkan kamu kuih raya."
Aik! Dunia dah terbalikkah? Memang aku sedikit terkilan sebab tahun pertama hari rayaku di perantauan tiada kuih raya. Malam raya tahun tersebut aku hanya keseorangan sahaja di rumah sewaku. Kolam mata sudah bergenangan. Aku tahan saja walaupun ada sedikit sebak. Mujur anak mak ni 'macho' orangnya. Cuba berlagak gembira. Rasanya sejak berada di Jepun ini mutu lakonanku makin meningkat naik. Bukan niat untuk berselindung cuma tak mahu mereka risau yang bukan-bukan. Mereka risau, aku bertambah lagi risau. Titik.
Nenek Aisyah meninggalkan kami berdua. Dia memerhatikan kami dari jauh. Uncle Akbar dan Auntie Sufiah pula tiada di sini. Pasangan suami isteri itu sibuk menguruskan hal berkenaan Kaduk semasa di dalam pesawat nanti.
"Kaduk... Aku nak beritahu sesuatu pada kau." Kataku tiba-tiba.
"Apa dia?"
Aku menarik nafas dalam-dalam.
"Guwe sayang banget sama kamu kerna kamu sahabat guwe." Kataku selaju mungkin.
"Apa? Kau cakap Bahasa Jepun ke dengan aku ni? Tolong ulang sekali lagi. Dalam Bahasa Melayu ya." Katanya sambil ketawa berderai.
"Tiada pengulangan!" Tegasku.
"Say it in Malay and slowly. Please... "
Aduh! Nyata 'please' Kaduk berjaya mencairkan hatiku. Aku menarik nafas dalam-dalam. Mengumpul kekuatan sebanyak yang mungkin.
"Aku sayang kau sebagai sahabat!" Ucapku dengan nada perlahan. Wajahku sudah merona kemerahan rasanya waktu itu.
Dia tersenyum.
"Ngerti?" Soalku kembali.
"Thanks."
"Thanks? Itu aja?" Tanya aku. "Hanya 'thanks'?" Aku mengajuk cara dia bercakap.
Dia ketawa lagi. Dengan memakai penyokong di leher, dia masih boleh tersenyum gembira. Aku cukup kagum dengan semangat yang dimiliknya.
"Guwe pun sayang banget sama kamu... sebagai teman guwe." Ucapnya perlahan setelah tawanya reda.
Walaupun perlahan seperti bunyi angin petang berdesir tetapi ia cukup jelas pada pendengaranku. Aku mengetam bibir menahan malu.
"Aku saja nak suruh kau ulang. Sebenarnya aku dah dapat tangkap yang mula-mula tadi. Kau lupa yang aku juga punya kamus bergerak Indonesia-Malaysia di rumah."
"Huh?" Masakan aku terkena untuk kali kedua.
"Kak Maya..."
Ya Rabbi! Pembantu rumahnya itu dikata kamus bergerak. Ada-ada sahaja temanku ini.
***
Beberapa hari yang lalu, aku telah menelefon mak di rumah. Ingin meminta pendapatnya. Aku khabarkan tentang kedua lelaki itu, Carl Duke Adam dan Mohd Ammar Iskandar. Mak tidak banyak soal. Dia menyerahkan segala keputusan pada aku. Katanya, aku sudah cukup dewasa.
"Terserahlah pada Kak Ngah. Dua-dua elok agamanya. Memang bagus dah tu. Cuma... kawan kamu yang sorang tu anak orang berada, ya. Seeloknya biarlah pilih yang sekufu." Kata mak dengan suara perlahan. Dia terdiam agak lama. "Tapi... apapun terpulang pada kamu. Fikirlah elok-elok. Mak dengan ayah doakan yang terbaik untuk kamu." Sambung mak lagi.
Pilih yang sekufu... maknanya Ammarlah yang dimaksudkan. Aku dan Ammar memang berasal dari keluarga sederhana. Kak Zinnirah pula menambah dengan mengatakan dua sifat yang berlainan ini daya tarikannya lebih kuat. Ammar yang pendiam dan alim, manakala aku pula gila-gila bahasa. Bingung aku bingung!

"Adam, mulai saat ni mak serahkan Syah pada Adam. Jagalah dia elok-elok. Kalau ada tak elok kelakuannya, tegurlah baik-baik." Begitulah pesan mak masa selesai akad nikah mereka.
"Mak ni..." Syah sudah merah muka waktu itu. Belum apa-apa mak sudah suruh Kaduk didik dia.
"Mak selalu dengar Syah sebut nama Adam dulu. Orang macam Adam mesti banyak pilihan, kan. Tapi dalam ramai-ramai, Adam sudi pilih Syah jadi isteri Adam. Alhamdulillah, terima kasih Adam sebab sudi terima anak mak seadanya. Mak bersyukur sangat-sangat." Mak sudah kesat hujung mata.
"Terima kasih mak sebab sudi terima Adam seadanya untuk jadi menantu mak." Kaduk rasa segan dan rendah diri. Keluarga Syah pandang tinggi sangat dekat dia. Dia pun banyak kekurangan juga sebenarnya.
Hendakkan padi katakan padi,
Tidaklah saya tertampi-tampi:
Hendak sudi katakan sudi,
Tidaklah saya ternanti-nanti.
Kaduk jenguk Syah yang sedang duduk-duduk di beranda seorang diri. Isterinya sedang scroll gambar-gambar yang terpapar dalam fungsi Memories Facebook.
Gambar Syah dengan maknya.
Gambar Syah adik-beradik dengan mak ayahnya.
Kemudian Kaduk nampak Syah pergi buka folder gambar dalam telefon bimbitnya. Tengok gambar mak dia lagi.
Gambar mak ayah, Syah dan dia. Waktu mereka nikah dulu.
Gambar sawah padi. Waktu Syah mengiringi jenazah mak dalam van jenazah, dalam perjalanan ke perkuburan maknya di kampung mereka.
Dan banyak lagi.
Syah kesat air mata lagi sebelum berpaling ke belakang. Baru dia perasan bau minyak wangi yang selalu Kaduk pakai menusuk hidungnya.
Kaduk tatap mata Syah yang memerah, basah dengan air mata. Dia duduk di sebelah Syah tanpa sebarang kata dan terus sandarkan kepala Syah ke bahunya lalu usap rambut Syah perlahan-lahan.
Dan seperti selalu Syah sambung menangis. Air matanya luruh makin laju.
(bersambung...)
#RADHA #alfatihahbuatmakš„
Petikan #throwback di atas daripada versi asal online e-novel Relevankah Aku di Hatimu? yang ditulis pada 29 Jun & 17 Ogos 2004.

Secara peribadi, entry ini pendek tapi penuh makna dan rasa.
Al-Fatihah buat mak š„
Azizah binti Abdul Jalil
23 Jan 1953 - 15 Nov 2018
Lagu Noktah - Hazama macam sesuai untuk episod kali ini
1 comment:
Sedih tengok Syah..
Post a Comment