Karya pendek
Gelap
oleh Rnysa
#throwback28
#selamatharirayaaidiladha #wishesinadvance
Story 5
Garisan Greenwich yang bernilai 0 darjah menjadi asas kepada pengiraan waktu tempatan di tempat lain di seluruh dunia. Kalau berada di Jepun perlu tambah GMT+9. Beza sejam awal dari Malaysia. Ah, faktor geografi saja. Aku lebih suka pelajaran geografi daripada sains waktu di sekolah menengah dahulu. Tapi akhirnya belajar benda fizik-kimia juga. Dari dulu aku sentiasa tidak mengikut kehendak hati. Buat apa yang bertentangan.
Mata terpaku pada peta Malaysia.
Apa khabar mak dan ayah di kampung?
"Kenapa?" Tegur si dia, sang suami yang berambut perang.
"Tak lama lagi nak raya haji..."
"Ingat rumah?"
Aku mengangguk.
"Tahun ni kan kita balik beraya."
"Terima kasih pada yang sponsor tiket."
Dia tergelak. "Tak mahu ada adegan air mata di pagi raya. Dendang perantau..."
Sekarang siapa sebenarnya penyanyi koir masa sekolah dulu? Cita-cita terpendam?
Sabar sajalah. Time orang sedih-sedih dia buat main pula!
Ala... Kaduk tu... nampak saja kelakar di luar tapi dalam hati ada taman. Jiwang tak ingat!
"Sweet sensation," katanya dulu. (copryright control: kak nacha)
"Eh... Encik Carl Duke Adam dah pandai masuk lif tekan sendiri?"
***
Story 6
Tahun ini kami bakal menyambut raya haji di Perak. Ayah buat korban seekor lembu tahun ini.
Semalam aku telefon minta tambah seekor lagi. Pilih yang paling bagus ayah, pesanku.
Saudara-mara sebelah Akasyah masih ada lagi yang hidup susah di kampung.
Kami yang mampu cuba mahu berkongsi rezeki yang Tuhan limpahkan.
Alunan talbiyah mengisi halwa telinga. Melalui putaran mp3.
Rindu pada Tanah Haram.
Rindu pada Baitullah.
Kenangan mengerjakan umrah bertamu lagi.
"Bila agaknya kita nak buat haji?" Tanya aku.
Dia berhenti melayan Arham sedang petah berbicara.
"Insya-Allah, tak lama lagi."
"Aisyah nak ikut!"
"Arham pun!"
"Ayah kena kerja kuat lepas ni. Ganbatte ne!"
"Ganbarimasou!" Sorak Arham dan Aisyah serentak.
(bersambung...)
#RADHA
Petikan #throwback di atas daripada versi asal online Facebook Note RADHA Revisited *Their never ending stories* yang ditulis pada 13 & 14 November 2010.
P/s: Dah banyak versi sekuel & prekuel RADHA yang saya tulis. Sekarang tengah kutip dan satukan dalam Gelap ☺️
No comments:
Post a Comment