Friday, September 11, 2020

[#throwback30] Gelap

Karya pendek

Gelap
oleh Rnysa

#throwback30
#kelab_single #cinta_akhirnya_bahagia

"Syah... perlukah?" Kaduk tunjuk telefon pintarnya, merujuk kepada status Facebook isterinya. Dahi berkerut, sedikit rasa terganggu. "Kan hari tu abang dah pesan...."

'A romantic dinner with him @ KL Tower. #happyanniversary'

"Tak suka?" Melihat riak wajah itu Syah sudah faham sangat. "Ok, Syah delete. Happy?" Buang gambar dengan rasa berat hati.

"Good girl..." Wajah Kaduk sudah kembali tenang.

Pandangan Syah dibuang ke luar cermin kaca dari Menara KL sekarang. Tiba-tiba suasana jadi sunyi, terus rasa dah tak romantik. Status itu bukan niat nak menunjuk pada sesiapa tadi, tapi sudah kena tegur.

"Can you keep a secret?"
"Huh?"
"I love you...until jannah."

Dalam hati Syah: #iloveyou #untiljannah #aminyarabb

Dan serentak itu lagu Utada Hikaru 'Can You Keep A Secret?' berputar dalam kepala.

"Kenapa senyum-senyum?" Kaduk tergelak.

"Err...tengah 'tweet' dalam hati?" Senyum comel, malu-malu.

"Mesti trending world wide?"

"In MY world, definitely yes!" Jawab Syah.
"OUR world," balas Kaduk

Senyum.

***

Hanz Faizal ketawa. Macam-macamlah Wildan ni. Dengan anak jiran sebelah pun hendak takut. Baru kena jeling sikit sudah mengalah.

"Gelaklah puas-puas." Wildan menyesal bercerita.

Hanz sambung ketawa. Sesekali matanya mengintai rakan-rakan sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries yang masih berbincang tentang persiapan untuk ke Phnom Penh, Vietnam tidak lama lagi. Kedudukan meja mereka yang agak tersorok di Rnysa Book Cafe ini memudahkan Wildan meluahkan itu ini.

"Siapa nama dia? Diba?" Hanz main sebut.

"Jiba."

"Ji...ba..." Hanz mengajuk. Dia ketawa lagi. "Nah! kau baca Antologi Cerpen Adiwarna: Cinta Pertama ni. Orang yang tahu hanya bercinta dengan reservoir macam kau patut baca novel kreatif ni. Bagi otak tu seimbang..." Hanz letak novel setebal lebih 750 muka surat itu di atas jurnal tentang 'alkaline flooding' yang sedang dibaca oleh Wildan untuk projek tahun akhirnya.

"Tak pun kau pergilah berguru dengan abang Adam kita bagaimana nak memikat kawan baik sendiri." Hanz tepuk bahu Kaduk.

Nyaris tak tersedak kopi karamel dibuatnya.

"Ni kes terpikat dengan anak jiran sebelah rumah." Ucap Kaduk. Kes dia dengan Syah lain. Jiran sebelah meja masa sekolah pun tidak.

"Yang asyik cakap pasal perempuan ni. Cinta pertama itu untuk dia atau Dia?" Tanya Kaduk tiba-tiba.

Kedua-dua pelajar universiti itu terdiam.

"Terbaiklah Abang Adam..." Hanz ketawa lagi. Sekali kena 'tembak' dengan abang naqib. Memang terbaik!

(bersambung...)

#RADHA

Petikan #throwback di atas daripada versi asal online Facebook posting yang ditulis pada 16 Februari & 7 November 2014.

No comments: