Gelap
oleh Rnysa
#throwback34
#selamatpengantinbaru #adamakasyah
Aku menyisir rambut yang panjang melepasi bahu. Dari tadi aku menanti kehadiran dia, namun masih belum muncul lagi. Sebelum masuk ke dalam bilik tadi, aku lihat dia begitu rancak bersembang dengan ayah. Entah apa yang mereka bualkan. Aku hanya mengerling padanya. Tidak semena-mena pandangan kami bersatu. Aku tunduk malu dan segera mengalihkan pandangan ke arah lain. Debar di hati usah ditanya. Bagaikan tiada henti. Aku jadi tidak keruan. Terus sahaja aku meminta diri masuk ke kamarku.
Kamar raja sehari ini dihias begitu indah. Tampak romantik dengan gabungan warna putih dan biru laut. Putih adalah warna kesukaan dia, lambang cintanya yang suci murni. Biru pula lambang cintaku yang damai dan tenang. Haruman mawar memenuhi ruang atmosfera bilik ini. Sememangnya sengaja aku letakkan jambangan mawar merah dan putih kesukaan suamiku di suatu sudut. Cahaya malap dari lampu sisi meja katil pengantin menambahkan lagi suasana yang lebih romantik. Sesuai benar dengan mood pengantin baru aku saat ini.
Jantungku berhenti berdegup apabila terdengar daun pintu bilik dikuak. Aku segera menoleh. Dia berdiri di muka pintu. Senyuman memekar di bibirnya. Pintu ditutup semula dan dikunci. Debaran hati kian memuncak kerana hanya kami berdua sahaja waktu ini dan saat ini. Seharian kami sibuk melayan tetamu yang hadir. Mana sempat hendak berbual mesra dengan lelaki yang baru kunikahi itu.
"Assalamualaikum." Sapa dia sambil tersenyum manis.
Salamnya kujawab dalam hati. Rasanya hendak kusorokkan muka ini di bawah meja atau di mana sahaja. Segannya bukan kepalang.
"Dah ambil wuduk?" Soalnya lembut.
Aku mengangguk. Cuba berlagak tenang walhal bagai hendak luruh jantungku apabila dia melunakkan suaranya begitu.
"Kita solat dulu." Katanya sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik air.
Aku mengangguk tanpa banyak soal. Solat Maghrib tadi beramai-ramai di luar. Dia yang menjadi imamnya setelah ayahku meminta berbuat demikian. Aku dapat rasakan dia akan jadi menantu kesayangan ayah. Mak dan saudara-mara perempuanku semuanya memuji suamiku itu. Kata mereka, aku bertuah sebab dapat suami yang baik. Budi bahasanya elok. Rupa parasnya pun menawan. Bisa buat hati cair, tambah Kak Syidah, sepupuku sebelah emak.
Kak Su yang juga merupakan sepupu yang paling rapat denganku turut mengusik. Kak Su atau nama penuhnya Noor Suraya Adnan Sallehudin merupakan pensyarah di Kolej KDU kampus Penang. Dia sanggup berulang-alik dari Penang ke Kampar semata-mata untuk menunaikan janjinya menggubah bunga telur sempena hari pernikahanku ini.
"Tunang Syah tu macam orang putih!" Seloroh Kak Su sambil tangannya sibuk mengayam bunga telur untuk diberikan pada para tetamu yang hadir.
Aku cuma ketawa kecil. Walhal semua sedia maklum yang suamiku itu lahir dan membesarnya di Malaysia. Kami satu sekolah. Dia ketua pelajar merangkap sifu aku suatu ketika dahulu. Manakala aku pula anak muridnya yang nakal. Mengenangkan kisah zaman persekolahan aku tersenyum sendiri. Siapa sangka suatu hari nanti kami akan berkongsi kehidupan.
Aku segera menyarungkan kain telekung yang dibeli khas bersempena pernikahan aku ini. Lalu aku duduk berteleku menanti dia di atas sejadah. Detik-detik indah yang berlangsung siang tadi kembali membuahkan senyuman lebar di bibir. Majlis perkahwinan kami ringkas sahaja. Upacara akad nikahnya berlangsung pada jam sepuluh pagi Jumaat nan indah di rumahku. Dengan sekali lafaz, aku dengan rasminya menjadi isteri kepada Carl Duke Adam Carl Duke Akbar.
Walaupun kami memilih untuk tidak bersanding, namun majlis tetap meriah dengan kehadiran saudara-mara dan teman-teman terdekat. Mujur keluargaku memahami. Selesai akad nikah tadi diadakan kenduri kecil. Esok barulah dibuat kenduri yang besar sedikit. Mahu tak mahu aku terpaksa jua makan beradap nanti.
Cincin yang tersarung di jari manis dibelek dengan rasa syukur. Segala penantian berakhir juga. Alhamdulillah, Rabbul Izzati memudahkan urusan pernikahan kami. Sebaik sahaja aku bersetuju dengan lamarannya, kami saling mengikat janji seminggu sebelum Ammar dan Wawa diijab-kabulkan. Cincin dihadiahkannya suatu ketika dahulu yang menghiasi jariku menjadi bukti aku sudah menerima lamaran cintanya.
"Dah sedia?" Tiba-tiba dia menegur.
Aku mengangkat muka. Dia mengenakan pakaian yang serba baru. Berbeza dengan yang tadi. Segak benar dengan baju melayu putih dan berkain pelekat. Hatiku makin terpikat.
"Solat Isya' dulu... kemudian baru solat sunat dua rakaat." Katanya sebelum mengangkat takbir.
Dari awal sehingga habis solat, air mata tidak berhenti mengalir. Perasaanku bercampur-baur. Apabila menadah tangan berdoa, makin deras air mata ini menghambur keluar. Selesai sahaja berdoa, dia datang merapatiku.
"Kenapa ni, sayang?" Tanya dia separuh berbisik. Bahuku dipeluk erat.
Aku menggeleng. Apabila mendengar perkataan 'sayang' keluar dari mulut, makin bertambah hiba jadinya. Mata yang basah aku kesat dengan hujung jari.
"Kita tadarus ya." Tambahnya lagi. Wajahnya jelas tampak risau dengan keadaan aku ini.
Kami duduk bertentangan antara satu sama lain. Aku masih lagi menundukkan wajahku. Cuba menyembunyikan kesedihan ini. Dia menyuakan naskah al-Quran. Air mataku tidak berhenti mengalir tatkala mendengar alunan suaranya yang menusuk kalbu. Tiba sahaja giliran aku membaca, dadaku makin berombak hiba. Sedih bercampur gembira. Kini aku yakin dialah lelaki yang akan memimpin di hidupku menuju redha Ilahi. Malam pertama kami sebagai suami isteri yang sah ini dirasakan memenuhi impianku selama ini.
Ya Allah, inilah kebahagiaan yang kucari, bisik hati kecilku.
"Sayang..."
Aku merenung matanya.
"Abang rasa bahagia sangat sekarang ni." Bisiknya lagi.
Sayang tahu... Hatiku pula yang menjawab. Mulut bagaikan terkunci saat ini. Mahu menyatakannya namun aku masih diselubungi rasa malu.
"Cakaplah sesuatu. Abang nak dengar pula. Dari tadi asyik abang aja bercakap, penatlah macam ni," Katanya separuh merayu. Manja!
"Tak tahu nak kata apa. Syah tak pandai cakap macam abang." Bisikku perlahan.
"Perlilah tu. Yalah... abang nikan debater pencen. Kan sayang juga selalu cakap macam tu." Katanya seperti sudah merajuk.
"I'm in love with you, Carl Duke Adam. And I will always love you..." Kataku perlahan.
"I know..." Jawabnya lembut.
Hatiku lantas menjadi tenang.
"Sayang tahu bila waktu abang sedar yang abang jatuh cinta pada gadis manis ni?" Ujarnya lalu mengecup keningku.
Aku menggeleng. Dalam hati aku menyenangi tindakannya tadi. Dia menunjukkan perasaan sayangnya kepadaku sepenuh hati.
"Kali pertama... waktu abang terbaca nota yang sayang beri pada abang. Carl Duke Adam yang baik, hadirmu bagai mentari yang membakar semangat diri.... yang tu. Masa tu barulah abang mula sayangkan gadis manis ni lebih dari seorang kawan." Senyumannya makin lebar. "Dan kali kedua..."
"Kali kedua?" Cepat-cepat aku memotong.
"Yalah... sebelum dan selepas abang accident." Jelasnya.
Hatiku dijentik hiba apabila mendengar perkataan 'accident' itu. Namun segera kutepis kesedihan yang cuba mencuit naluri.
Dia menarik nafas panjang.
"Kali kedua pula... masa sayang tuangkan air untuk abang. Waktu abang sakit dulu..." Katanya sambil tersenyum-senyum. "Rasa dilayan bidadari syurga. Dan... masya-Allah... sayang nampak cantik sangat waktu tu." Pujinya lagi.
Aku tersenyum sipu-sipu.
Dia membelai lembut rambutku lalu memegang ubun-ubunku sambil menyebut nama Alllah Azza Waajalla dan dia bersuara, "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebajikan dari isteriku dan kebaikan fitrah tabiatnya yang telah Engkau tentukan, dan akupun berlindung kepada-Mu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah tabiatnya yang ada padanya."
Serentak itu kucupannya yang hangat singgah di ubun-ubunku. Saat itu makin bertambahlah rasa cinta aku padanya. Dia sentiasa di hati... dan akan selamanya bertakhta di jiwa, getus hatiku.
"Hujan..." Bisiku apabila mendapati cermin jendela mula dibasahi oleh titik-titik air. Mungkin ini hujan rahmat, bisik hati kecilku.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu. Amin Ya Rabb...
(bersambung...)
#RADHA #iaminlove
Petikan #throwback di atas daripada versi asal online e-novel Relevankah Aku di Hatimu? yang ditulis pada 31 Ogos 2004

No comments:
Post a Comment