Monday, September 28, 2020

[Intro IV] Gelap

Karya pendek

Gelap
Oleh Rnysa

Intro IV


Tengah malam
#MCODay130 #PKPP
#stayathome #stayinbloodline

Di dalam masih gelap.
Hanya pekat tengah malam mengisi hati yang suram.


Kaduk: Nak tahu kenapa hidup sayang takkan gelap?

Syah: Kenapa? *sebelah tangan dah berhenti tepuk-tepuk bantal sebelum nak tidur*

Kaduk: Kerana hadirnya seseorang bagai mentari yang membakar semangat diri sentiasa berada di sisi sayang, insya-Allah

Syah: Eh? *senyum lebar*

"I am your sunshine, your only sunshine.
I make you happy when skies are gray.
You'll never know dear, how much I love you.
Please don't take your sunshine away..."

Syah tergelak dengar nyanyian lullaby versi Kaduk. Ternyata lagu kanak-kanak itu berjaya buat hatinya terhibur!

"Please don't take my sunshine away..." sambung Syah dengan suara perlahan sebelum tarik selimut dan pejam mata.

***

#throwback

Dia meneliti setiap baris kata yang dicoretkan oleh temannya itu.

Carl Duke Adam yang baik,

Hadirmu bagai mentari yang membakar semangat diri.
Mengenalimu adalah satu anugerah yang tiada tandingan.
Berpisah darimu... takkan ada dalam kamus hidupku.

Friendship Forever (^-^)v
Nurul Akasyah yang manis

Dia terkasima. Pandangannya beralih pada gambar dia dan Akasyah di sudut meja. Wajah Akasyah direnungnya dalam-dalam.

"Nurul Akasyah yang manis..." ujarnya sambil mengulumkan senyuman.

Memang manis pun.

***

3 Syawal 1441H

"Oh, ada keturunan Arab. Patutlah Adam suka. Macam si Ain juga. Dan keturunan bangsawan juga, sama macam dari sebelah papa Adam. Memang sepadanlah kamu berdua. Jodoh sekufu!"

Syah sedikit tersenyum kelat. Tadi dia memang tak larat nak keluar dari bilik sebab baru lepas sesak nafas awal pagi waktu menyeterika baju raya yang nak dipakai. Tambah pula baru nak duduk di atas sofa di ruang tamu rumah Kak Long, tak menyempat makcik ini perli-perli dia tak pandai beradab masa saudara-mara datang berziarah raya. Tapi sekarang bila tahu Syah dari keturunan sekian-sekian terutamanya dari sebelah maknya itu, tiba-tiba mak cik ini puji dia macam-macam pula.

"Mak cik memang suka sejarah Melayu. Tak sangka ya, dapat jumpa keturunan yang ada kaitan dengan kesultanan Melayu..." katanya lagi. Matanya semacam bersinar pandang muka Syah, macam jumpa Tun Teja.

Yalah, kan Kaduk kata tadi, "Kalau ikutkan Syah ni macam... Tun Teja, Tun Khamis, Tun Perak..."

"Tun Teja?" Mujur Syah tak tersedak air sirap. Kaduk ni... Tak payah la nak 'over' sangat!

"Oh, jadi 'Tun' Akasyah la ni..."

"Eh, tak Mak cik Ja." Syah segera menafikan. "Dari atas kepada nenek moyang saya yang Uda Syukur tu sampailah ke mak saya kahwin dengan orang biasa. Jadi nama saya tak ada 'Tun'..." Syah pandang wajah Kaduk sambil angkat kening. Perlukah tadi bercerita panjang lebar pasal keturunan dia yang Syah sendiri baru sahaja tahu beberapa bulan yang lepas? Tahulah Kaduk nak 'back up' dia daripada terus kena perli tadi. Tapi, hmm...

Catatan leluhur keluarga Syah dari sebelah Toh Maharaja Dewa Panjang Ogek, pembesar mukim Lambor Perak itu kini tersimpan di Perpustakaan School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London - MS 40332 Misc. Papers (https://digital.soas.ac.uk/malay). Baru dia tahu yang banyak sungguh manuskrip zaman dulu dibawa keluar dari Tanah Melayu dan disimpan di negara yang pernah menjajah bumi bertuah ini.

Yang lebih menarik lagi, Syah juga dari cucu-cicit keturunan ke berapa entah kepada Tok Kaduk. Ya, yang cerita rakyat dia selalu dibaca masa sekolah dahulu - Tok Kaduk menyabung ayam itu. Tak sangka selama ini cerita yang dia baca itu adalah tentang susur-galurnya sendiri. Banyak sangat Syah baru tahu tentang asal-usul salasilah keluarga dia. Patutlah sejak kecil dia asyik bermimpi tentang kampungnya. Rupa-rupanya mimpinya selama ini cuba nak memberitahu sesuatu tentang dirinya.

"Keturunan Tok Kaduk yang akhirnya berjodohan dengan Kaduk," ujar Kaduk sambil ketawa masa mula-mula dapat tahu dulu.

Makanya, perkahwinannya dengan Kaduk secara tidak langsung telah menguatkan kembali darah bangsawannya, yang kemudiannya diturunkan pula kepada anak-anak mereka sekarang. Begitulah kata Mak cik Ja - saudara rapat kepada keluarga Wawa dan Ain - sebelum pulang tadi.

Sebenarnya apabila Syah tahu sebenarnya keturunannya bukan sebarangan, bukan sekadar rakyat marhaen yang dia sangka selama ini, tak dinafikan ada terselit sedikit rasa bangga juga. Tapi selepas itu tak rasa apa sangat pun kerana yang dijulang-julang itu milik nenek moyangnya. Kemasyhuran, kejayaan dan kehebatan itu milik mereka yang sudah tiada. Jadi, Syah rasa tak perlulah dia nak bercerita penuh rasa bangga dengan megah dan mendabik dada. Insya-Allah, dia cuba ambil semangat daripada pencapaian mereka sebagai sumber inspirasinya untuk lebih berusaha sehingga berjaya ke peringkat lebih tinggi daripada sekarang.

Tentunya dia sangat bersyukur apabila dapat tahu nenek moyangnya, Uda Syukur itu berkahwin pula dengan perempuan yang datuknya berketurunan yang berasal dari Yaman - yang zaman kini sedang kini mengalami krisis pergolakan  - datang ke tanah Melayu untuk berdakwah. Maknanya, keturunan dia orang yang baik-baik.

Alhamdulillah, mungkin berkat doa orang-orang terdahululah punca dia pun Tuhan sentiasa lorongkan ke arah kebaikan dan minat kepada agama. Sebab itu mak ayah dan Kaduk selalu pesan supaya dia lazimkan diri membaca doa yang baik untuk zuriat keturunan dia pula. Salah satunya doa Nabi Zakaria AS seperti yang terkandung di dalam al-Quran seperti mana firman Allah SWT:

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖإِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

(Surah Ali-Imran: 38)

Banyak sebenarnya doa-doa para nabi yang berkait tentang zuriat dan anak-anak. Apapun, segalanya kembali semula kepada Allah juga kerana hanya Dia sahaja yang berkuasa memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya.

Kaduk pernah beri link dari website Mufti Wilayah tentang pasangan yang diuji tidak dikurniakan zuriat untuk dia hadam dan mungkin dapat kongsikan pada Wawa sekiranya perlu. Kaduk ni... mana dia berani kongsi waktu Wawa tengah murung hari itu. Baik dia doa dalam diam sahaja supaya kawannya itu segera dikurniakan zuriat. Dan alhamdulillah, Allah sentiasa mendengar permintaan hamba-Nya ini.

Berbalik kepada hal keturunan keluarga Syah, apa nak diceritakan lagi sangat. Macam yang dia simpulkan, semua itu hal orang-orang yang dulu.

Hmmm, yang mungkin satu lagi yang menariknya negeri Perak dahulu pernah di bawah kekuasaan Belanda. Agaknya, mungkinkah jodoh dia dan Kaduk tersimpul disebabkan itu?

Apabila membaca sejarah lama keluarganya dan negeri Perak ini, Syah terjumpa sesuatu yang menarik perhatian iaitu bahasa dan cara orang zaman dulu berkias. Halus dan sangat pandai bermain kata.


Surat-surat Sultan Perak kepada Francis Light

(SOAS MS 40320/11 f. 107)

... Shahadan adapun akan hal Gurnador hendak biasa dengan kita itu terlalulah kesukaan kita serta dengan benarnya sangat pada hati kita. Adapun akan negeri Perak ini adalah umpama perempuan yang elok. Tetapi sungguh pun elok, ada pula lakinya. Maka lakinya itu terlalu cemburunya. Dalam pada itu pun ada pula orang berkehendakkan perempuan itu, maka ia itu terlalu suka. Tetapi lakinya itu terlalu amat keras. Apalah dianya perempuan itu. Maka negeri Perak pun demikian itulah. Maka hendaklah Gurnador baik-baik bicara...

(Isnin, 23 Julai 1787)


Dari terkenangkan cerita raya Syah di rumah Kak Long, kembali ke kamarnya di Cyberjaya.

Lakinya atau lelakinya yang dimaksudkan di dalam surat itu adalah orang Belanda.

Hmmm, patutlah keturunan Duke atau Hertog dari Belanda yang sedang tidur nyenyak di sebelahnya ini boleh tahan juga cemburunya, terutamanya melibatkan Ammar.

Cemburu seorang lelaki.
Cemburu seorang suami.

"Apa senyum-senyum lagi tu? Tidur, tidur..."

"Ahaha, abang tak tidur lagi ke?" Terus Syah cepat-cepat pejam mata rapat-rapat. Ish, Kaduk ni... Orang senyum dalam gelap pun boleh tahu. Scary

"You mesti rindu waktu jadi headboy la tu, nak buat announcement suruh tutup lampu dan masuk tidur." Saja Syah mengusik.

"Headboy suruh tidur. Tidur je la. Nak banyak bunyi lagi..."

Betullah kata Kaduk kot, agaknya sekarang aku ada hobi baharu - suka kena marah dengan dia! Syah gelak terkekek.

"Ya rabbi, tidurlah sayang oiii. Gelak apa pula lagi ni?" Lalu Kaduk pulas manja telinga Syah. "Jangan degil boleh tak, Tun Akasyah?"

Tapi... makin kuat pula Syah gelak.

Eh, suka pula dia! Hmmm, sabar sajalah dengan keturunan kerabat pembesar Acheh dan segala Batala Muntah Lembu yang seorang ni, leter Kaduk dalam hatinya sebelum terlelap semula.

Tajam
Katanya sangat tajam

Dalam
Lukanya sangat dalam

Di mana tajamnya kata tertusuk rasa jika tiada bicara
Di mana dalamnya luka terpasak dada jika tiada sengsara

(bersambung...)

#RADHA #TunAkasyah #DukeAdam


RUJUKAN:

1. Koleksi Surat-surat Francis Light: http://suratlight.blogspot.com/

2. Yemen Emergency: https://www.unhcr.org/en-my/yemen-emergency.html

3. Website Mufti Wilayah: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3359-al-kafi-1246-ujian-tidak-dikurniakan-zuriat

4. Toh Dewa Panjang Ogek: https://www.orangperak.com/kenali-pemerintah-mukim-lambor-sebelum-penjajahan-british.html



No comments: