Gelap
oleh Rnysa
#throwback19
#redalert #yellowzone
Sepatutnya rasa gundah ini tidak muncul. Lagipun hal itu sudah berlaku agak lama dahulu, atau mungkin juga tidak terlalu lama. Tapi bukannya ada apa-apa yang serius pun, sepatutnya. Aku cuba tanamkan semangat positif itu dalam fikiran.
Namun begitu aku terus melarikan mata mengikuti penerangan yang terpapar pada skrin komputer riba. Protein? Ya, aku perlukan protein saat ini! Aku menggosok lutut yang terasa sakit. Protein untuk lutut yang sakit ini...
--
You probably know you need to eat protein, but what is it? Many foods contain protein (say: pro-teen), but the best sources are beef, poultry, fish, eggs, dairy products, nuts, seeds, and legumes like black beans. Protein builds up, maintains, and replaces the tissues in your body. (Not the tissues you blow your nose in! We mean the stuff your body's made up of.) Your muscles, your organs, and your immune system are made up mostly of protein...
--
"Beberapa bulan lepas, lutut saya dihimpit oleh bumper kereta dari arah depan dan belakang. Dan apabila baru-baru ini saya terjatuh dan lebamnya ambil masa berminggu-minggu lamanya untuk hilang. Dan...." Aku terus bercerita kepayahan dan kesakitan yang terpaksa dilalui sejak terjatuh tempoh hari. Asalnya mahu minta ubat batuk sahaja, namun kesempatan yang datang ini diambil untuk bertanya fasal lutut aku yang kebetulan masih sakit pada waktu itu.
"Jadi apa pendapat doktor?" Wajah doktor Jepun itu aku pandang dengan penuh pengharapan.
"Saya rasa sekadar kecederaan otot saja. Kalau ada kaitan dengan tulang - patah atau retak - awak takkan boleh berjalan sebaik sahaja dilanggar hari itu."
"Ohhh... tak seriuslah, begitu?" Aku segera menarik nafas lega. Syukurlah...
"Tak. Jangan risau..." Doktor perempuan itu menghulurkan senyuman paling manis. Mahu menenangkan pesakit seperti aku. Kemudian dia mencatat sesuatu di atas kad kesihatanku.
"Kalau x-ray bagaimana?" soalku lagi. Hati masih lagi diulit rasa bimbang. Aku perlukan sepasang kaki yang sihat untuk bergerak.
"Kalau di'scan' sekalipun pun, takkan nampak otot atau tisu yang tercedera itu. Lagipun saya rasa tahap kecederaannya tak berapa serius..."
Oh, x-ray itu untuk tengok tulang, jantung saja... dan otot tak bolehkah? Macam itu pula...
"Ada kebarangkalian otot atau tisu itu terkoyak?" Wah, banyak pula soalan aku.
"Mungkin ya, mungkin tidak. Saya tak dapat beri kepastian. Kalau nak tahu, awak perlu ke hospital dan buat pemeriksaan lengkap."
Aku terdiam seketika. Ini sekadar klinik universiti saja. Doktor pun macam nak tak nak layan saja pertanyaan aku yang mungkin terlalu banyak. Ah, mungkin tak ada apa-apa yang serius sangat. Tak payah pergi hospital pun tak apa, detik hatiku yang mahu memilih jalan mudah.
"Ambil makanan yang banyak mengandungi protein, untuk memulihkan tisu awak yang tercedera itu. Dan jangan banyak berjalan..." Nasihatnya lagi sebelum mengakhiri kami pada sesi petang itu.
Pesanan doktor itu diamalkan sekejap sahaja sebelum aku sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar. Sebelum jatuh dalam bilik air dan kepala berdarah itu. Oh, sebelum tergelincir dan jatuh melutut di atas jalan yang diselaputi salji yang sudah mencair sebulan yang lalu. Juga sebelum lutut ini ditimpa oleh kerusi plastik pada minggu lepas. Kenapa cuai sangat, Akasyah? Asyik nak jatuh saja. Badan tak stabilkah?
+ Disebabkan tarikan gravitilah..
- Yalah sangat. Jalan macam ribut. Salahkan tarikan graviti pula...
Aku cuba cari fasal otot-lutut dalam laman web yang sama. Laman ini dibina untuk kanak-kanak, jadi penerangan dan bahasa perubatan yang digunakan mudah difahami bagi seorang pelajar kejuruteraan seperti aku. Siap ada simulasi lagi!
"Apa yang cedera sebenarnya?" Aku bertanya pada diri sendiri.
Aku cuba fokuskan pada bahagian lutut sahaja. Patella, tendon, ligamen. Tendon? Macam nama makanan Jepun kegemaranku itu sahaja. Cuba fokus sikit, Akasyah! (Sebenarnya perut aku ini sudah mula main lagu orkestra sekarang ini.)
Baiklah, waktu lutut tersepit dek bumper kereta tempoh hari, kemungkinan otot yang tercedera... yang tendon itu. Aku cuba cari maklumat lanjut dalam laman kesihatan yang lain pula.
--
The 4 most common areas of tendon rupture are as follows:
Quadriceps
A group of 4 muscles, the vastus lateralis, vastus medialis, vastus intermedius, and the rectus femoris, come together just above your kneecap (patella) to form the patellar tendon.
Often called the quads, this group of muscles is used to extend the leg at the knee and aids in walking, running, and jumping.
--
Okey, kita ambil tendon yang ini... tendon dekat patella. Aku terus membaca lagi...
--
Ruptured Tendon Causes
In general, tendon rupture occurs in a middle-aged or older man. In the young, muscle usually tears before the attached tendon will tear. But in older people and in those with certain diseases (such as gout and hyperparathyroidism), tendon rupture may result.
Quadriceps tendon rupture
Direct trauma to the knee just above the patella (kneecap)
Advanced age resulting in decreased blood supply to the inside of the tendon
Combination of quadriceps contraction and stretching of the muscle (eccentric loading)
Dan juga yang ini... direct trauma itu apa ya? Nanti tanya Ieman...
Ruptured Tendon Symptoms
An injury that is associated with the following signs or symptoms may be a tendon rupture.
A snap or pop you hear or feel ... Tak ada kot?
Severe pain ... Sakit juga
Rapid or immediate bruising ... Ya!
Marked weakness ... Apa ni? Tak faham...
Inability to use the affected arm or leg ... Boleh guna lagi
Inability to move the area involved ... Boleh gerak lagi
Inability to bear weight ... Tak sampai tahap ni lagi
Deformity of the area ... Yang ini pun tak
--
Maka kesimpulannya, belum capai tahap serius lagi kalau sekadar mengalami dua simptom. Cuma perlu berhati-hati di masa akan datang. Tapi jalan memang dah macam tak stabil. Terdingkut-dingkut. Okey lagikah kalau jalan dah macam itu?
"Sejak bila pula tukar course? Nak jadi budak medic pula, ya?" Pengguna komputer di sebelahku menyoal dalam bahasa Melayu. Aku sedikit terkejut lalu segera menoleh. Oh, si Kaduk... dan Ammar di sisinya.
"Macam mana boleh masuk sini?" aku pantas menyoal. Orang luar boleh masuk tanpa kad pelajar?
"Pinjam kad si Bahrin. Nak jumpa awak, tak sempat nak tegur tadi... dah hilang. Nasib baik jumpa dekat sini," terangnya panjang lebar.
Tadi dia pun mengikuti ceramah yang dianjurkan oleh pelajar Indonesia. Disampaikan oleh seorang penceramah yang mengikuti latihan pembersihan hati. Katanya, sepanjang hari diisi dengan zikir, baca Quran dan solat. Makan pun sederhana saja, sekadar roti dan susu. Menarik juga dapat mendengar pengalaman begitu. Berbeza sungguh dengan kehidupan aku sebagai pelajar sarjana Universiti Tokyo ini, yang menjalani latihan 'keduniaan' dengan segala macam teori sains dan matematik. Betul begitukah?
"Siapa yang sakit?"
"Apa?" Tak berapa dengar. Segera menarik earphone keluar.
"Itu. Siapa yang sakit?" Dia menuding pada skrin monitor.
"Oh, tak ada sesiapa pun," balasku acuh tak acuh.
"Tak ada sesiapa. Tak ada apa-apa. Kalau perempuan cakap macam ni mesti ada apa-apa punya." Kaduk sudah mula membuat andaian seperti biasa. Cara biasa dia memaksa aku bercerita. Ini yang aku selalu kalah.
Aku menarik nafas panjang. Perlukah berterus-terang?
"Jalan macam orang yang kaki pendek sebelah. Boleh cakap tak sakit lagi? Tak ada sesiapa pun sakit?" ujarnya dalam nada rendah, namun kedengaran tegas pada aku. Macam orang jauh hati pun ada.
"Boleh tak kalau tak berahsia dengan saya?"
"Rahsia? Bila pula berahsia?" Aku masih lagi berselindung.
"Ammar cakap awak pernah accident. Sebab itu awak senang saja dapat sakit sekarang ni, kan? Masa Golden Week hari tu... puncanya daripada kaki yang sakit tu juga. Badan awak dah tak dapat nak imbang dengan baik, kan?"
Aku mengerling tajam ke arah Ammar. Memang tak boleh diharap. Orang suruh jangan cerita apa-apa, dia cerita juga. Dan sekarang aku kena marah. Terima kasih, Ammar!
"Saya tak nak awak risau..."
Alasan yang sangat lemah, wahai Cik Akasyah! Tapi memang betul, aku tak mahu orang di sekeliling aku bimbang tak tentu hala.
"Dan sekarang… bila dah tahu… tak risaulah? Macam tu?"
Susahnya nak lawan bercakap dengan debater yang tak tahu nak pencen ni…
"Kenapa tak beritahu?"
"Memang perlu beritahu, ya?" Mata sekejap-sekejap tertumpu pada monitor, sekejap-sekejap tersapa mata Kaduk sudah terbuka seluas-luasnya. Perang dunia hendak meletus! Baik cepat-cepat pergi dari sini.
Miss Nurul Akasyah Binti Othman > LOG OUT > YES
"Siapa saya pada awak?" Soalnya terang-terangan di hadapan Ammar. Macam dia tak nampak pula Ammar di situ.
"Dahlah tu… jangan pressure dia." Ammar menepuk bahu sahabatnya berkali-kali penuh rasa kasih. Saat ini suami Wawa itu cuba menjernihkan suasana yang mula tegang.
"Kalau tak kena pressure, bukannya tahu nak bercerita. Semua nak main rahsia-rahsia…"
Aku mengetap bibir bawah. Kaduk merajuk pula...
"Kita pernah jadi kawan dulu. Dan sekarang...masih lagi kawan kan? Kalau tak nak mengaku saya ni sebagai bakal suami..." Aku cuba kekalkan riak wajah bila dia berkata begitu. Malu...
"Kita pergi jumpa doktor pakar lepas ni, okey? Segala perbelanjaan saya tanggung..."
"Tapi Kaduk... saya ni belum lagi jadi tanggungjawab awak," kataku separuh berbisik. Mata dilarikan ke arah lain.
"Amanah daripada ayah awak sendiri. Saya kena pegang pada janji saya dengan dia... jaga awak sebaiknya. Dan awak pula kena jadi anak yang baik... ikut cakap ayah awak, boleh? Ammar boleh jadi saksi apa yang saya cakap ni..."
Okeylah, Ammar takkan cakap bohong atau buat lawak antarabangsa. Aku 'terpaksa' mengalah juga, akhirnya...
"Kita tunggu Nur sekejap..." Ammar pula bersuara.
"Lapar tak? Saya ada beli onigiri dengan susu segar..." Kaduk segera mengeluarkan makanan tersebut dari bungkusan plastik yang dibawanya. "Tadi masa jamuan, awak makan sikit sangat. Mesti lapar sekarang..." Senyum manisnya menyejukkan hatiku.
Aku terus mencapai tanpa bersuara lagi. Mencari sudut yang agak terpencil. Mana boleh makan sesuka hati dalam perpustakaan. Onigiri dikunyah dengan perlahan. Dia dan Ammar duduk tidak berapa jauh dariku, menjadi pemerhati.
Dalam hati ini tak berhenti memanjat rasa syukur pada Ilahi kerana dikurniakan dua orang teman yang begitu mengambil berat. Saat ini aku memperbaharui dan bersihkan hatiku - bertekad supaya terus redha dan harus tabah dengan setiap ujian yang diberikanNya.
Alhamdulillah...
Terima kasih di atas segala pemberian nikmat-Mu ini, Tuhan!
(bersambung...)
#RADHA
Petikan #throwback di atas daripada versi asal online entry RADHA "Love is Cinta" Special yang ditulis pada 23 Januari 2008.
No comments:
Post a Comment