Karya pendek
Gelap
oleh Rnysa
#throwback22
#staythesame #the80bornchild
Hari ini merupakan hari yang sangat istimewa buat aku. Kenduri doa selamat untuk beberapa perkara yang sungguh menggembirakan buat keluarga papa dan mama. Buat keluarga Ir. Carl Duke Akbar dan Doktor Sufiah.
Objektif utama kenduri doa selamat ialah:
1. Mensyukuri nikmat Tuhan kerana aku mengandung anak pertama.
2. Menyambut ulang tahun kelahiran Encik Carl Duke Adam yang ke-2x pada 17 September nanti. (Oh, ini dikira sambutan awal sebab birthday Kaduk tahun ini jatuh pada hari berkerja.)
Jika dilihat pada mata kasar, mama Adam adalah orang yang paling gembira dengan berita baik ini: aku sedang mengandung tiga bulan setengah. Meskipun mama sudah ada empat cucu dari dua orang anak perempuannya, dia sememangnya menantikan cucu dari kami berdua. Maksud aku, dari anak lelaki kesayangannya.
Sedang aku membasuh pinggan sambil berzikir dalam hati, tiba-tiba pergerakan aku jadi perlahan dan akhirnya terhenti. Cramp? Sebenarnya sudah lama aku tidak bertukar jadi robot begini, sejak balik dari Jepun dulu. Mataku segera beralih ke arah perut yang sudah menampakkan bentuk sedikit. Anak ibu okey, kah? Sebagai seorang bakal ibu, keselamatan anak terus menjadi keutamaan.
Mata segera dilirikkan ke kiri dan kanan. Mana Kaduk?
"Abang, tolong Syah..." Aku cuba bercakap, namun tiada suara yang keluar dari celahan bibirku. Tiba-tiba aku menjadi bisu.
Ya Allah, tolong saya! Saya tak boleh bergerak, saya tak boleh bercakap.
Tolonglah!
Aku terus berdiri kaku di sebelah sinki. Mama yang sedang sibuk dan lalu di sebelah pun tidak sedar yang aku tidak boleh bergerak lagi.
Mama, tolong Syah...
Suara, tolonglah keluar!
Aku rasa hendak menangis sekarang.
Mata aku sekadar mampu berkelip-kelip menghantar isyarat kepada mama.
Mama, Syah sakit tak boleh gerak. Tolong panggilkan Adam...
"Kenapa Syah berdiri dekat sini? Pergilah duduk depan tu. Sekejap lagi majlis kita nak mula..." Kata mama sebelum berlalu.
Mata terasa panas, air mata pun sudah macam pun keluar. Cepatlah keluar air mata! Kerana aku betul-betul sudah jadi patung cendana di dapur ini.
Abang, cepatlah datang sini. Cepatlah perasan Syah tak ada.
Ya Allah, tolonglah saya...
Kenapa semua orang buat tak hairan pada aku? Ke mana perginya Kak Aqeilah, Kak Ameirah dan Adeilah? Tak mungkin Tuhan hijabkan mata mereka daripada memandang aku yang sudah keras kaku di sini...
Mana mak saya? Tadi mak dekat depan sambut tetamu...
Mana Kaduk saya? Kaduk tolong Syah. Syah dah tak boleh gerak...
Dan air mata akhirnya memahami peranannya. Setitik demi setitik turun laju membasahi pipi...
***
Hidup manusia tidak akan pernah lekang dengan ujian dari-Nya. Setiap detik dan saat hati seorang manusia senantiasa akan digasak dari pelbagai penjuru. Keimanan dan ketaqwaan menjadi pertaruhan.
Aku sentiasa berharap dan berdoa bahawa kesakitan akan pergi jauh dari hidupku. Disahkan mengidap sesuatu penyakit dalam usia yang masih muda begini adalah sesuatu yang di luar jangkaan. Namun, aku perlu bersabar menerima takdirnya.
Waktu Kaduk mendukung aku ke ruang hadapan untuk mendapatkan bantuan, aku berasa sangat sedih sekali kerana telah menyusahkan dia dan keluarganya. Kenduri kesyukuran ini sepatutnya menghadiahkan rasa gembira, bukannya mengundang rasa cemas begini.
Aku segera memejamkan mata rapat-rapat. Berzikir dan berselawat di dalam hati. Allah, Allah...
Air mata tidak lagi sederas tadi. Fikiran aku menjadi semakin tenang.
Keadaan bertukar menjadi cemas. Mujur mama Kaduk seorang doktor dan kakaknya juga seorang doktor. Malah, ahli keluarga Nur Jannatul Adnain yang hadir semuanya terdiri daripada para doktor juga.
Aku sekadar kaku dan membiarkan mereka menjalankan peranan mereka. Aku tidak pernah tahu simpton penyakit ini sudah bermula semasa aku melawat Kaduk di hospital. Ya, sewaktu dia ditimpa kemalangan di lebuhraya.
Aku dibaringkan di atas katil di bilik bujang Kaduk. Mak dan mama datang menemaniku. Kaduk membisik ke telingaku dan memberitahu dia perlu mencari seseorang untuk membantuku. Aku cuba tersenyum pada mak dan mama. Di tepi mama kelihatan Ain, Doktor Jannatul Adnain, cuba mententeramkan mama. Hati perempuanku dipanah rasa cemburu. Sekali lagi aku memejamkan mata, memilih untuk menahan pandanganku supaya tidak dibakar api cemburu.
"Sayang, buka mata. Doktor Salaam nak check ni..." Suara Kaduk menyentuh gegendang telingaku.
Alhamdulillah... bantuan dah sampai, seruku dalam hati.
Kebetulan abang sulung Ain dan Wawa, Doktor Salaam, yang merupakan seorang doktor pakar turut hadir dalam majlis kami pada malam ini. Lalu dia 'terpilih' menjadi doktor penyelamat. Adiknya, Doktor Firdaus, pun turut serta.
Kaduk menyuakan plastik ubat berisi Benzhexol 2mg yang aku pernah makan sebelum ini. Entah macam mana dia tahu aku masih menyimpan ubat tersebut walaupun sudah tidak mengambilnya lagi sejak hari aku bernikah dengan Carl Duke Adam.
"Benzhexol 2mg? Ini ubat...." Kata Doktor Salaam.
"Anti parkinson..." Sambung mama.
"Syah ada parkison....?" Tanya Ain dan Firdaus serentak.
Aku sekadar mengerdipkan mata. Pandangan aku jatuh pada mak yang sudah bergenang air mata.
Mak, Syah minta maaf sebab tak pernah beritahu pada mak tentang penyakit Syah - Catatonia dan ...
Dan ternyata ucapan itu hanya mampu bermain di hujung lidah sahaja.
***
Sebaik sahaja solat Isyak dan hajat serta kenduri doa selamat pun selesai, abang terus dipanggil oleh mama ke ruang hadapan. Papa pula awal-awal lagi sudah menyuruh aku masuk ke dalam bilik. Aku rasa tentu abang kena soal-siasat dan 'bedah-siasat' dek mama-papa dan mak-ayah Kak Syah. Mujur sangat Kak Syah tidak diminta mengadap, kalau tidak dia pun kena bersoal-jawab dengan mama.
Aku pun terkejut apabila dapat tahu Kak Syah boleh mengidap sesuatu penyakit. Kak Syah kan masih muda lagi. Tak mungkin Kak Syah ada penyakit yang macam itu. Tak mungkin. Selama ini dia selalu nampak ceria dan gembira sahaja. Kak Syah atau gelarannya Kak Chik, tidak pernah mempamerkan wajah sedih pun sepanjang aku kenal dia.
"Adik, tolong jaga Kak Chik dalam bilik Achik..." Ujar Abang Adam dengan wajah yang cuba dimaniskan.
"Okey..." Jawabku lambat-lambat. Kasihannya achik...
Pada mulanya Abang Salaam sudah bercadang hendak bawa Kak Syah ke hospital sekiranya Kak Syah masih tak boleh bergerak. Mama pun sudah sedia dengan telefon bimbit di tangan. Aku pun panik juga. Achik pula tak berhenti-henti membacakan selawat syifa' untuk Kak Syah.
***
Sebaik sahaja berada di pintu masuk bilik bujang abangku, pandangan aku bersapa dengan Achik yang sedang menebarkan selimut untuk Kak Syah. Berkat selawat syifa' tadi Kak Syah pun boleh bangun dan bercakap semula. Semua orang jadi lega sangat tadi bila Kak Syah sudah sihat semula. Dan majlis pun diteruskan seperti yang dirancang.
"Abang nak buat susu untuk Kak Chik...." Beritahu Achik sewaktu kami berselisih di muka pintu.
"Okey..." balasku pendek.
"Kak Syah dah okey?" Aku sudah terbiasa dengan memanggil Kak Syah sebagai 'Kak Syah'. Harap Kak Syah tak kisah aku jarang-jarang panggil dia dengan gelaran 'Kak Chik'.
"Alhamdulillah, okey je..." Balas Kak Syah sambil tersenyum seperti selalu.
Aku melirik ke kiri dan kanan. Yes, dah nampak!
"Kak Syah, pinjam laptop boleh? Nak online kejap?"
"Okey..."
Aku segera membuka laptop Kak Syah yang siap dengan broadbandnya. Rumah ini pun dulu ada line internet. Tapi papa sudah potong awal tahun ini sebab dia marah aku dok mengadap komputer 24/7.
***
"Adik, pergi main laptop dekat bilik sendiri ye. Kak Chik nak tidur..." Pintaku pada Adeilah. Adeilah yang mendengar kata itu segera bangkit dari meja belajar aku suatu masa dahulu.
"Sorry..." Ucapnya sebelum menghadiahkan dua kucupan di pipi kiri dan kanan Akasyah.
"Tak apa." Jawab aku dan Akasyah serentak.
"Goedenacht..." Adik manja mengenyit mata sebelum berlalu.
"Nacht..." Jawabku.
"Oyasumi nasai..." Jawab 'bunga sakura'ku.
Adeilah ketawa. "Oyasumi Kak Syah..." Dan si 'bunga sakura' turut sama ketawa.
Indahnya saat ini, Tuhan!
(bersambung...)
#RADHA
Petikan #throwback di atas daripada versi asal online e-novel RADHA: 1 Phase 3 Phase yang ditulis pada 18, 23 & 26 Mei 2009.
1 comment:
oh saya baru tahu part ni yang Syah sakit. dlm novel RADHA masa Syah melawat Kaduk tu baru ingat rupa rupanya Syah sakit.
Post a Comment